Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

07 February 2009

Politik di Malaysia n politik rumahtangga...

Aduhai politik...politik....n...politik....rsanya dr mula bahang piliharanraya ke 12 hr tu smpaila ke hari ni....boleh dibilang dgn jari aku dok terjongok di depan tv!!
Pertama x sempatla...msa bnyk dok belek jarum,di cerok dapur,chatting(he..he...),bca paper n blog semasa n selebihnya zzzzzzzzz.......lena....terlupa semua........

So, skrg? lgi2...la x berminat tgk tv....on je...dok terjegol muka2 yg berkaitan politik!! yg ni mkn rasuah...yg ni kena byr....yg ni ditindas...n..tertindas....
Huh....sakit jiwa.Pening..tgk n dgr...cite politik.p mna2...smua dgr cite yg sama...
Paling...paling dok jaga ni....jgnlah terkeluar topik ni antara kami(Hubby)....
perang besar ni...mintak2 jgn ada yg tersasul!
Aku ni jgn xtau kepala angin...mau nk tercabut bumbung umh!!
Nanti x psai2 demostrasi kt Perak ,sangkut dlm umh....he..he...naya ni...
Mintak ampun abg....

Semoga kemelut ini dpt diselesaikan dgn aman,damai dan penuh ukhuwah...
Politik hanya fahaman dan pandangan yg berbeza!
Agama kita tetap sama ISLAM...jgn hanya kerana ini kita org2 melayu n islam berpecahbelah!
Harta dunia tak boleh di bawa ke liang lahad...tuhan kita hanya ada satu! iaitu ALLAH!!
Biarlah......hrp2 kebenaran akn terserlah........

sabtu,7 februari 2009

01 February 2009

DONAT

DI petang petang cuti sesekali minum bersama keluarga tentunya menyeronokkan ? Sebenarnya lama dah tak buat kuih ni.Dulu.... sempatlah juga jadi 'penjual donat'...he..he... pencen dah!!.Sebelum nak jadi betoi2 donat ni..mcm2 ranjau dilalui.Beberapa kali juga jadi habuan ayam maupun 'ayun' ke sungai! hu..hu...hu...
Mana tidak..org yg bagi resepi ni bukan nak bagi betul.takut depa tak dapat cari makan.Punyala kedekut ilmu! huh...sepatutnya ilmu disebarkan dan mendapat pahala.Dah banyak org aku bagi resepi ni....patutlah tak kaya kaya!! he..he..

Anak anak memang suka giller!! masa depa kecik2la...so, skrg buat dan sedekah jiran2...masa jual dulu pun memang suka buat besaq2..puas! memang laku dan siap tanya lagi awat berhenti? mana nak untung kalau menjual sambil menderma.he..he..


Hah..coklat tu anak dara aku yang buat...nak jamu kawan2 dia nak mai rumah!


Ok... aku perturunkan ilmu..ni resepi ori lgi.gerenti jadi.cubala....


bahan A
25g yeast(yeast basah)
3 sudu gula
3 sudu susu
250ml air

bahan B
telur 1 biji
marjerin 15gm(sesenduk)

bahan A campur n biar 10 minit....nmpak berbuih
baru campur bahan B dan masukkan tepung gandum.sedikit demi sedikit.angaran tepung dlm setengah kg.Uli biar sebati biar 45 minit.Next...uli n canai.terap guna acuan.agak2 dah hilang bekas tangan,gorenglah......api jgn terlalu kuat,sederhana dan balik2..biar wrnanye sekata....


Kalau ada anak2 ramai elok cuba.Berbaloi...tgk depa mkn pun kita dah terasa kenyang!!

28 January 2009

CUTI OH CUTI....

pertama, lama dah teringin nak makan nasi kandar.Di tempat lain takkan sama rsanye...mesti di Penang juga!! Dari perlis bertolak pukul 7.15 pagi dan selamat sampai pukul 10.30 pagi.Destinasi di tuju jelutong.Tempat kenangan u!!...masa dok makan tu ,ambik kata sepakat nak ke Perak.Lake town Bukit Merah.

Fuyoo....orang ramainye!!.Musim cuti kan? tapi rasanye kalau ada anak yang kecik tentu lagi seronok...dah besar dan mai pun tidak berkonvoi.depa pun tidaklah berapa teruja.Selama sejam lebih je dok situ.Patah balik ke Jitra rumah adik....

Heee...terlupalah pula...rupanya ada kekawan kat KOL dok di taiping.He...he...sori sesangat marina.Kalau tidak pasti kita dah bersua.Nanti jika ada masa dan kesempatan k.ina contact awak ek....

24 January 2009

Di sekondeng dek sawa...



Tidak taulah dimana silapnye..tidak perasan pulak bila dia dok di situ...masuk mandi sebelum subuh dan next anak masuk pukul 6.30 pg.Lepas tu sibuk membasuh dan memasak.tempat dia dok tu betoi2 antara bilik air dan tempat mc basuh...dekat ngan kepala.Eeeeeeeee.....gelinya......mujurlah tidak nampak.kalau tak lari tak cukup tanah rasanya...he..he..

Hubby balik keje pukul 12.30 tghari.baru nampak dia tu...time tu aku dah dok di kedai,kangar.So, terpaksa panggil bomba.depa buat dan ambik ular tu.melawan gak la...hubby kata..
Mungkin sekarang musim panas dan dia mencari tempat2 yang sejuk.Beberapa hari ni dok fobia...masuk je bilik air , mata dok menerawang kat atas!!!
Pertama kalilah ular masuk dalam rumah ni.....Seriaunye.....

23 January 2009

My aniversery wedding....
















Hari ini tanggal 23 januari 2009..genap 16 tahun usia perkahwinan ku!! (23 jan.1993)...
Apa lagi yg ku harapkan?? selain berharap semoga hubungan ini berkekalan dan berpanjangan.Jangan nanti ada ranjau dan rintangan di pertengahan jalan.Biarlah maut sahaja yang jadi pemisahnya...
Tiada hadiah intan permata biarpun sekuntum mawar...kerana ditengah hangat percintaan pun sekuntum bunga tak pernah ku terima...he..he..dan dia bukanlah seorang yg romantik...pun biarlah...kerana memadai sebait ayat..."sayang...."
Ha..ha...ha...apa yg aku buat hari ni??
selepas hantar anak ke sekolah terus ke pasar borong.Stok ikan dlm peti ais sudah kehabisan!!..lepas siap membeli lauk...hah ini dia tempat merelaxkan hati dan minda....
tapi...kecian....makan sorng2...apa daya cik abg keje..la..
kalau mkn kt umah lagi tak lalu, mkn seorng jugak...
Nasi lemak ni memang sedap...bersebelahan dengan minimarket Hafifah ,jln ke Pasar borong kampung bakau.Sesiapa yg pernah mkn sini memang takkan lepas peluang untuk mengulanginya.

Makan tengahri hari ni?? Abg kata xyah masak!! alahai...lega sgt!! tiap2 hari dok masak smpai dah 'jem' dah otak.nak fikir apa menu.he..he..makan nasi bungkus.Nasi kuning dan ayam goreng berempah.yang pun memang sedap! tapi tak boleh makan selalu.berlemak....

Apa pun yang ku buat hari ni,biarlah tiada 'serupa' orng lain...aku bahagia dan seronok melalui rutin harian ini..Bukankah makna 'bahagia' itu terlalu berbeza dengan seseorang lain??Kita suka makan di kedai ini, tak bererti orang lain suka apa yang kita suka kan??

07 January 2009

CIRI-CIRI WANITA DIHORMATI



Di antara ciri-ciri wanita dihormati...jom mai kita tengok dan hayati.Adakah kita ini tergolong dalam golongan ini!!




Menutup Aurat _ pakailah apa saja yang disukai,asalkan ia memenuhi syariat tuntutan islam.Bagaimana pun tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan dan tidak terlalu mahal.Biarlah bersederhana.




Menjaga Akhlak_ akhlak yang disulami dengan ketakwaan terserlah dengan sifat-sifat terpuji.Anggaplah segala gerak geri kita diperhatikan.Berusahalah untuk selalu mengingati Allah kerana ia dapat mencegah kita daripada melakukan perkara yang dilarang.




Cara Bercakap_ sentiasa menjaga adab-adab sebagai wanita yang baik.Bercakap dengan tegas dan ringkas kepada lelaki yang bukan muhrim kerana tutur yang lemah lembut disertai dengan gerak badan boleh membangkitkan perasaan yang tidak sepatutnya kepada lelaki yang bukan muhrim.




Taat_ wanita solehah bukan sahaja taat kepada Allah tetapi juga suami(berkahwin) dan ibu bapa.Ketaatan adalah mahkota kepada orang islam dan dapat mendorong ke jalan yang diredhai.




Suka mendengar_ wanita diberi peranan untuk menghibur dan menenangkan hati suami.Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang.Gunakan diplomasi ketika menegur suami.




Jaga Pandangan Mata_ sentiasa menjaga pandangan mata terutama ketika berbicara dengan yang bukan muhrim.




Hadirkan Bau Yang Sedap Dan Wangi_ elakkan bau badan yang kurang menyenangkan dan jangan sampai menggunakan minyak wangi yang berlebihan.




Wanita Punya Hak_ wanita ada hak keatas dirinya,anak,keluarga,harta,pendidikan dan sebagainya.Lakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar batas-batas islam.




Berpegang Pada Al-quran Dan Sunnah_ sentiasa berpegang dengan dua perkara ini.Mereka yang sentiasa bersandarkan pada al-quran dan sunnah tidak akan sesat.








05 January 2009

....dan sekolah pun bermula.....

Kesibukan jika nak diukur....ya..Allah hanya DIA yang tau....agak2 kalau waktu itu 36 jam sehari tentu masih juga tidak mencukupi!!
Dari raya korban ..sibuk tempahan nak raya, lepas tu sibuk nak pakai kenduri ..next baju budak2 sekolah n cikgu2 pon sibuk nak wat baju baru untuk ke sekolah...
Pemergian anak lelaki ke asrama di hantar oleh ayahnya petang kelmarin..aku hanya menghantarnya di depan pintu...masih ada last minute seluar2 sekolah yang nak di potong!!
Mungkin kali ini hanya sebulan dua berada di sekolah lama....itu pun jika permohonan ke sekolah Teknik diterima.Tempat dia impikan untuk mendalami dunia IT.Biarlah..jika itu sudah minat dia kan??
Hari ini 5 januari sekolah bermula.Disebalik pemergian anak2 ke sekolah...rasanya mcm ketenangan yang dah dekat 2 bulan tidak dirasa.he..he...mana tak...mulut tak berhenti mengomel n meleter...untuk depa ni...berkelahi...merajuk...menempik...haru biru!!
dan selepas ini kesunyian n kesepian akan datang menjenguk....
Apa pun tiada ibu bapa yang tidak menyayangi anak2nya!!
Sebagai ibubapa kita mahu yang terbaik.Kita cuba melakukan yang terbaik n selebihnya berdoa kepada Allah.Hanya itu yang termampu...

14 December 2008

Shepherd's pie


Jeng...jeng...hah..ni dia shepherd's pie!! tak tau la...jadi ke tidak...tapi yang betoinya puteriku yang sihat tu...tersangatlah suka! Agh, kalau selalu buat ni lagi2 la tembum dia...he..he...


Lama dok tertangguh nak buat pie ni...teringat masa makan kat rumah sugarush(KOL).Terima kasih tak terhingga kat sugarush! tq..tq...



Anak perempuanku hari ni rajin sikit...minta tolong dia lenyekkan kentang... belemuih ...tak pa...asal mau buat ..ye tak?

Intinya daging...kebetulan masih ada daging korban hari tu..lepas ni ubah bubuh ayam ke...tentunya seronok buat bila ada orang yang suka makan kan?

Hah...ini dia resepinya;
untuk lapisan atas
8 biji kentang-rebus n lenyek
4 sudu butter
200ml susu segar
1 sudu kecil lada sulah
garam

lapisan bawah
400gm daging
bawang besar
1 biji karot(sayur campor kalau nk senang)
1 batang seleri
kicap/serbuk kari
minyak alive oil(minyak biasa tak apa)
oregano

intinya mcm masak inti karipap...masukkan ke dalam bekas. tekan2 ...n..masukkan lapisan atas yang sudah dicampur.cakar dengan garpu n bakar...dekat nk masak sapu dengan kuning telur! so...cubalah...n... ubah ikut cita rasa sendiri...biar nampak lain,biar rasa lain!!




































10 December 2008

BALIK KAMPUNG KELAHIRAN....

Sudah masuk tahun ke 2, barulah dapat balik ke Kampung halaman....Jumpa mak di KL dan mak datang ke rumah...menyebabkan peluang balik kampung tidak terlalu mendesak.Kecuali bila terdengar takbir di waktu raya!...Peluang balik ni tidak akan dipersiakan..Semua dah tersemat kukuh dibenak...apa yang nak dilakukan..tapi 2 hari bukanlah satu masa yang dapat melangsaikan semua yang tertangguh dalam masa 2 tahun....agak2 tercapai rembat aje.he..he..

Hah...tudung bawal adalah di antara barangan yang tidak pernah lepas peluang membelinya setiap kali balik kampung!!

Balik kampung di waktu2 banjir menyaksikan seperti pesta ubi!! berderetan sepanjang jln keluar Lebuhraya timur barat ke Machang...apa lagi tak lepas peluang borong beli..hu..hu...

Makanan di musim perayaan di pantai timur....ketupat mnis berinti kacang n ketupat lemak mcm di negeri2 lain jugak.tapi cara bungkusnya berlainan!.tapai adalah kemestian...unik dan lain dari negeri lain kan?kuih2 lain sama ar....



Sesekali pulang di waktu raya aidil adha tentu tidak sempurna jika tidak melakukan korban kan?..kalau tidak pun tumpang sekaki pun jadilah....he..he...

Pantai Bisikan Bayu....pesisir pantainya yang cantik,pepasirnya yang putih bersih...tempat aku menganyam impian n kenangan cinta monyet ....huh...alangkah indahnya kenangan!! tapi keadaan sekitarnya sudah banyak berubah..pantainya semakin terhakis dan lokasinya di tengah2 highway...antara Tok Bali n Kuala Besut...





Setiap kali pulang ke tempat kelahiran ku ini...ini adalah diantara makanan yang tidak ku lepaskan..tidak sama makan d perlis dengan Besut!! Biar keropok jenama LOSONG adalah perkataan yang sama...
(7.....10 december 2008)

04 December 2008

DUNIA BARUKU...

Sesuatu yang tidak terduga...akhirnya aku berjaya memiliki sebuah mesin jahit tepi....inilah impianku....
alhamdulilah......



Tidak pernah ku bayangkan akan keluar dari sangkar emasku....mengutip cebisan pengalaman walau sedikit terlambat!!..alhamdulilah...banyak yang tidak kutahui kini semakin bertambah pengalaman.semakin berkeyakinan dan berwawasan...
Aku semakin menyintai dunia ini..semakin hari semakin banyak yang ingin ku timba cerita tentang baju dan fesyen...walau sedikit kalut dan menghambat masa.antara dunia rumahtangga dan dunia luar...masa untuk anak2,suami dan ilmu akhirat.

hah..ini dia dunia kedua ku....dan seandainya teman teman ke perlis jgn lupa singgah ke bangunan mara, bersebelah The store....hu..hu..promote ek...(jgn mare mariana...big boss..)

03 December 2008

Baru sekarang dapat ku rasakan bahangnya.....


Anih....tapi benar....atau aku yang buta dalam menghayati makna kasih sayang...
dungu dalam mentafsirkan apa yang dikatakan kebahagiaan!!
Sudah 16 tahun ikatan terbina baru...sejak dua menjak ni dapat merasainya? tidakkah itu boleh dikatakan gila atau rabun..huh...isteri apa aku??
Terimakasih sayang...dulu bukan tidak menyayangi ....bukan tidak mengasihi jauh sekali tidak menghargainya! Mungkin umur..juga setuasi sekarang...tidak sekalut dulu...
Dulu dan masa ini.. kau orang yang sama tidur seranjang denganku...memelukku...mencium ubun2ku...bergurau, berkelahi waima apa pun....

Baru sekarang aku merasakan bahang cintamu! pelukkanmu,perhatianmu..meresap syahdu ke ruang ruang hatiku....Terima kasih sayang....aku ingin menjadi isterimu biar seribu kali kelahiranku...ampunkan aku, jika aku pergi dulu menghadapNYA..

28 November 2008

MASAKAN PERTAMA...




Rutin harian sejak 3 minggu ni tidak berubah! walau cuti sekolah.Lagi bertambah adala...


Selepas solat subuh...mulalah msuk ofis...dapur! bereskan dulu apa yang wajib..


membasuh, lipat kain, menyapu,gosok baju...celah -celah tu dan lgi potong kain utk tempahan raya haji.Tidaklah banyak tapi kena hambat masa.Tak berapa hari lgi ni!!


Yang herannye semakin menghambat masa, rasa semakin tidak cukup masa!!


pukul lapan mesti mula memasak dan pukul 9..9.15 wajb kena selesai.


Hari ni masak ikan tongkol masak kicap.selalunya buat gulai macam mkn dengan nasi dagang.tapi hari ni tak sempat nak kukur kelapa.so, buat yang senang,cepat dan boleh di makan.he..he..bila di pandang je ikan masak kicap ni teringat masa umur 12 tahun ...time baru nak belajar masuk dapur..rasa sedap dan gembira sangat pasai berjaya buat macam tuk buat(tinggal dgn tuk setahun je!)..


Ditengah-tengah kekalutan dan menghambat masa...(tak lekang dok tgk jam kt tangan!)


sempat juga melayan kenangan ek??...anak-anak zaman sekarang boleh kah diharap untuk masuk dapur dalam lingkungan umur begitu?? huh..buat senarai apa yang nak kena buat sepeninggalan kita ke tmt keje pon susah nak buat...


Balik rumah bersepah lagi! tension!!.........sabarlah hati kuatlah imanku...pemergian ke kedai ni bukanlah hanya mengejar duit...hanya mencari pengalaman, keberanian dan sedikit ketabahan untuk menerima tempahan baju orang! itu je...lepas ni aku mula dari rumah...pengalaman tidak datang sendiri jika kita tidak mencarinya kan???

19 November 2008

MAKAN ANGIN DAN PERHABIS DUIT....

Akhirnya....sampai juga aku ke Langkawi.Walau tanpa suami...yang penting keizinan dan ongkosnye!...he..he..

Adik dari jitra naik di Kuala Kedah dan bertemu di Jeti Kuah.Sebenarnya dialah yang offer ke Langkawi.Bersama pakej transpot dan penginapan! Agh..bukan selalu kan? dia pun tanpa suami...Mujur adik dah biasa drive auto dan kami terjah je berdasarkan peta langkawi...
Musim2 sekolah biasala...semua naik!! kereta sewa smpai mencecah rm250 sehari...tawar menawar akhirnya dapat rm180 sehari...Innova..baru lagi...tapi selesa untuk 7 orang..


Ke Makam Mahsuri...curi2 ambik gambar ni..







Pemandangan dari atas cable car...anak perempuanku dok bertahan..gayat..aku? takut gak..dok fikiq..manalah tau tiba2 gondola yang kami naik tu..terputus tali...ajal maut ditangan Allah kan!! ...Kecantikkan pantai cenang pun menakjubkan!! ditambah dengan pemandangan yang tidak ingin dilihat..mek2 saleh kan berkeliaran kat situ..huh..kami singgah sekejap je..anak2 dah besar dan tidak berapa teruja nak mandi laut! ...... Selain itu tempat2 yang menjadi tempat wajib dikunjungi jika datang kLangkawi...tempat yang kena bawa duit banyak2....MasyaAllah...rabun mata tengok periok kaca..dok fikiq je...sapa lah nak tolong bawa balik..beg ni ,berkenan gak tapi dok rasa kat Padang Besar pon bersepah! Habis ronda p mai..p mai....last skali beli gak la...bukan senang nak datang...Ye tak?? (sabtu 15/11/2008-17/11/2008)










14 November 2008

Masakan: KETUPAT SOTONG




Hah..mai kita pakat belajaq wat ketupat sotong...
Ni makanan orang pantai timur...kadang orang belah sini(utara)..dok wat heran...cubalah pasti lain kali nk wat lgi..
Aku ni pon first time wat..nk test market..hu..hu..
Dulu msa2 kecik memang ni makanan kesukaan.Aruah ayah orang nelayan, makanan laut ni senang dapat!

Anak perempuan aku umur 11th ..ni baru tgk...wat mimik muka pelik!!
next aku paksa sruh cuba mkn..eh..sedap lak...he..he..
tau apa kata dia?
"mak lain kali wat gi ek?"
Aku jawap" tgk dlu...sotong mahai...ooo...sekg rm12!!!"


Ok...senang je...mcm dlm pict..kena ada sotong(buang dakwat n apa2 yg x kehendaki dlm bdan sotong!),pulut,santan,gula,gula merah dan lidi nyiur(potong
pendek2 utk disemat d kepala sotong)...
masa boh beras pulut, boh 1 camca je..kalau bnyk sotong akn pecah dan x jadi!!
pastikan btoi2 msk baru boh gula merah dan gula.boh halba skit..kalau xdak blh diganti ngan halia.. skit je tau!
bila dah agak2 pekat..bolehlah diangkat.

Ok..slmt mencuba! senang dan sedap...kalau x cuba mna nak tau kan?



Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili