Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...
Showing posts with label Sahsiah minda. Show all posts
Showing posts with label Sahsiah minda. Show all posts

25 January 2012

Tangisan...



Menangis.....jgnlah di selidik ...nape org pmpuan ni menangis.....
slalunya..org pmpuan suke bercerita...apa yg trbuku....cuma bg msa dan relax..pujukkan ye..diperlukan...kerana kita akn lebih rsa di sayangi dan dperlukan.....

Sedih..kecewa....kecik hati...marah...merajuk....suka ..bahgia...smuanya ada airmata...
diri sndiri yang mngetahuinya.....
Jngn cpt melenting wahai kesyngan ku....aku ni mmang slalu emosional....cpt sgt rajuk....dan cpt ok nye...

Berterus terang ...akn mengelakkan smua tu trjadi...waima pahit....kerana pahitnya skejap...manisnya lama.....erm...lebih2 lagi mndekati "moon" niiiiii.......napelah murah aje airmata niiii....huhuhuhu.....mngertilah hatiku!!!!!!

14 January 2012

Blog dan Face Book....aduhai....




     

  Salam kembali ke gobok kecintaan ku ini.....sayu...dan pilu...dunia yang ku tinggalkan hampir  stahun kebelakangan ini...ketidak sempatan masa...mngambil jalan pintas utk menemui kkwn lama...keseronokkan brsembang di laman Fbook....gobok ku ini di tinggalkan...


        Rupanya... kalau nak dibandingkan FBook......di sni lebih aman..damai dan mmbahagiaakn...sesuai dengan idup ku yang low profil...Ermmmm....dan yang paling penting...aku tak boleh hidup ...tak sempurna rasanya hari-hari yang ku lalui tanpa...mencoretkan sepatah perkataan di dada keyboard....ini adalah kebahagiaan ku...dan di sinilah dunia ku...
Di...FBook yang penuh mencabar...penuh penipuan..penuh hasad dengki...perebutan..dan macam-macam yang ku temui....aku dah terluka...dan kelukaan yang ku tempah sndiri!! huhuhu...

         Aku tak perlukan komentar-komentar dari org....dan aku akn menulis utk aku sndiri....
kerana ini adalah warisan yang akan ku tinggalkan...andai aku sudah 'pergi'.....ianya dairi perjalanan harian ku...Korang boleh singgah di alu2kan...lepak...or mnjengokkk....tak kisahlah.....kerana ini utk seorang AKU....Ermmm...salam kerinduan utk teman-teman lama yang sering bertandang dulunya...

17 September 2010

Kadang dia datang...kadang dia pergi..

Rasanya bila dia dtg..aku rsa tenagaku spt umur sweet 17th...bertenaga..hepi..sronok..buat keje apa pun rsa teruja...bersemangat..bertenaga..berwawasan..rsa smua blh buat...sanggup rsanya menghadapi seribu cabaran n godaan....

Anihnya..bila dia pergi..ku rsakan umur 40an...mcm 80an...letih..murung..lembik...selembiknya...mls...kira nk tido je...lg..perasaan baran...nk marah..nk telan org je.. tak boleh slp skit...adoiihhhh....ya allah..nape jd mcm ni???

Kenapa dia dtg n kemana pulak dia menghilangkan diri???
Tak cukup vitamin kah aku? kekuatan mengendalikan emosi tiada kah??
aku benci sbenarnya stuasi ini...bukan aku mntak...kdg rsa mcm nk gila..rsa mcm nk mati..
ada sapa2 kisah??
Rsanya tiada sapa yg blh menolong...hnya pada mu ya Allah.....yesss..alquraan.....itu je ubat penawarnya...

Itulah mood....bad mood...mood x btoi...mood gila...hnya diri sndiri yg dpt mnegendalikannya....mna kawan..mna shabat yg blh berkongsi suka n duka tu????
hnya sekadar jd pendengar yg baik....susah kah?? cemoihhh ek???
hanya pada Allah...dia aje pendengar yg baikk....insyallah......

15 August 2010

Cinta itu butakah?? @ hati kita telah dibutakan...

Dia kata cinta..rsa berbunga-bunga....dan setiap langkah bagaikan diawan2an....perubahan fizikal, mnda dan tingkahlaku....

Dia kata rindu....hadir setiap saat..menerpa dan membuak2...dah menjadi satu dengupan asmara..

Dia kata sayang...sudah memenuhi setiap rongga nafas....mengambilalih yang berhak...

Cinta ..rindu...sayang...bergabung menjadi satu naluri....kehendak...mendesak utk merealisasikan suatu hubungan!!

Malangnya....hubungn yang 'hak' sudah trmaktub di azali..di mahfuz lg...
hanya bila ikatan ini trlerai dgn satu 'talaq'....barulah cinta ...rindu  dan sayang ni akan terlaksana..

Sanggupkah dia melepaskan apa yg ada skrg...utk merebut sesuatu yg tak pasti??
Dah jenuh nsihat...dah letih membuat andaian...dia msih begitu..

Cinta ini memang boleh membutakan hati yang rapuh
cinta ini merobah ketenangan...huhhh.....pening memikirkan....
ke mna noktah ini akan berhenti....menamatkan gelodak...pertaruhan ini....

13 July 2010

Surat terbuka utk seorang kawan..

Kau yg ku panggil kawan;

Kita sama-sama hanyut dan seronok dgn permainan ini...bercerita seperti kita belasan tahun!
sama-sama ketawa ...dan dihujungnya kita sama-sama terdiam...akan natijahnya!!
Namun masih mengejar impian yg tak terjangkau itu..

Kawan...
Aku pun tersedar dh lama..tp nk ku buang itu menjadi satu beban yg berat..aku tak berupaya utk menyahkannya...org hanya pndai berckp...kita yg rasa..kita yg alami...inilah bunga-bunga dunia tp menjadi bunga api di akhirat..aku takot akan melangkah lebih jauh...menghampiri kelaknatan Allah...
Aku mesti berhenti..menyudahkannya di sni...kerana di sni bermula..biarlah aku akhiri jua di sni!!

Kau yang ku kasihi..
Aku dah menyudahinya hari ni..rsa seperti ku buang batu yg terhempap di kepala...selepas itu lega dan sesungguhnya aku rsa tenang...alhmdulilah..Syurgaku dibawah telapak kaki suami yg ku kasihi..
Aku menangis terharu hari ni...kerana kekasih halal ku ini...menyatakan; sesungguhnya dia tahu sedalam mna cinta dan kasih syg aku trhadap dia!! takkan aku tergamak merobek hati dia!! aku sujud di kaki dia...MasyaAllah....maafkan aku suami...aku hnya bru melangkah..tp langkah ku ini ..tak ku upaya nk teruskan...aku masih sayangkan istana cinta kita yg terbina bertahun ini..

Kawan...
hentikanlah...kau renungi sejenak mata suami dan anak2 mu...mereka masih memerlukan mu..
Hentikanlah keje gila ni..pencarian ini tak akan habis...manusia tak penah puas!!
sedar dan bangkitlah dari lena mu yg baru nk bermula....ber istigfar....masih belum terlambat!!
Mohon kemaafan dan ke ampunan...hnya itu jalannya...harap kau sedar sbelum nasi menjadi bubur!!




Catatan rumusan;

Lelaki2 bujang @ lelaki2 berstatus suami.....wanita2 bujang n janda..bersepah2....intai dan risiklah jika kamu masih berkeinginan nak menyunting mereka...tetapi tutupilah pandangan mata kamu kearah wanita yang masih bersuami!! sedarlah. kita ada batas2 agama!!

08 July 2010

Kenapa suka dengar ...."orang kata!!"

Beberapa minggu lepas..aku pegi mengunjung saudara meninggal....iaitu kakak pada ayah mertuaku..
Dek kerana aku dh berjanji ngn cikgu Kemas nk sudahkan pola utk bju melayu...aku singgah sekejap je..
Masa aku smpai jenazah baru dibawa msuk ke tmt nak mandi..Kalaulah aku tunggu smpai hbs mndi ni...aku msti batalkan urusanku.tunggu dlm setngah jam...aku bngun ke ruang tmt pemandian..tgk sekejap n ku hadiahkan surah al fatihah dlm hati..Keluar dan bersalam dgn beberapa org yg dok di spnjg laluanku utk keluar..

Tapi yang tak sedapnye....tindakanku dipertikaikan....
Depa kata....

"Org kata..balik time org dok mandi mayat tak baik!! kena tunggu sampai sudah dan mayat di usung keluar umah!"

"sapa kata?"
Aku heran...coz tak penah lak jumpe hadis @ nas..

"tak baik..tak leh tinggal!"
"sapa kata? kalau kata org tua2...sya tak mau dgr!
sebab org tua dlu2 brckp ikut adat n pantang larang ..jarang ikut dlm Islam!"

Org suka ikut adat  dari ikut landasan agama yg betul..

"okey..tak apa!! nanti sya tnya ustaz yg lebih arif..."

Tak payah berdebat tentang agama jika msing2 dlm kesamaran...

So..malam ni..waktu kuliah magrib..aku mengutarakan masalah ni..

Ustaz kta; ziarah org sakit @ mati wajib...utk memberi keinsafan..n menilai balik amalan kita.
Tak ada dlm al quraan n hadis..kata meninggalkan  mayat yg sedang dimandikan..berdosa..tapi ikut adat.. kalau jiran n saudara dekat..lebih elok tunggu ..jika ada urusan tak apa..tak berdosa!!
yang berdosa...pegi menziarah mayat...tpi menyembangnye..huh!! mengalahkan kedai kopi....
Kenapa pulak tang menyembang ni tak di ambil berat!!

Kadang org yg dgr ckap..'org kata' ni...sebenarnya mendgr dr org tua2...sedang diri sndiri tak ke surau..masjid..just ikut je....sekurang2nya bacalah..buku2 berkisar agama...tak tau ...bertnyalah!!
Bukan menghentam ikut ckp org....Susahnya nak bg org2 mcm ni faham.....

09 May 2010

Mari kita fikir-.fikirkan.......

Muhasabah diri....mengapa dan kenapa cinta,kasih sayang tidak lagi seharum dulu...Kadang kita tercari-cari mengapa terjadi begitu...perlu dan wajarkah menerima orang lain setelah cinta tidak lagi se indah dulu.??
kenapa tidak cermin diri dan cari sebab musabab tanpa meruntuhkan istana yang penah membahagiakan kita di satu ketika.... 


Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu… tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rinxdu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!
Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.
Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?
Kata sesetengah lelaki (entah species mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Kerenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus. 
Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujjah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 wanita! Poligami bukan untuk maladeni (melayan) nafsu lelaki ini , tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.
Kita tinggalkan lelaki yang bersifat ‘jantan’ itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu ‘murah’. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai ‘jual mahal’ untuk mendapat perhatian suami.
Jika dulu puas berlangir, berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik ‘mendedah aurat’ (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Bila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?
Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sunggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya… tidak semerdu, ketawa, ha.. ha.. ha.. berdekah-dekah. Mana hilang malunya?
Jangan terkejut jika kita ‘menjual’ terlalu murah, orang akan meragui kualitinya. Suami akan berhenti ‘memburu’ anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau terlalu mahal… tetapi belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insya-Allah, suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih-sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cinta mu!
Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.
Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dikunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang yang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika terdedah sentiasa, itu bukan permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong siisteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.
Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala… Bulan tidak mengambang setiap malam… kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.
Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang memburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuh permata dengan tangan yang kotor. Kita tidak akan tega mengusapnya dengan tangan yang berbau. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditantang dengan yang harum juga.
Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut ‘boroi’, rambut kusut tak bersikat tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah ‘umpannya’ anda akan dapat ‘ikan’ yang begitu juga.
Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik, yang cantik akan menarik yang cantik.
Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda berada ditakuk lama juga? Ingat, perubahan andalah yang akan merubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaimana, jika kita sudah ada kemahuan. Kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.
Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu mula bertemu dahulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?
Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim berlaziman. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Sebab itu kata hukama, “bila kau hilang malu lakukanlah segalanya.” Maksudnya, bila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi… semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi. Antara ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekal rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.
Ya, diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.
Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuyinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.
Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeru, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.


_Sekadar menyalinnya smula dari satu blog...
(biar menjadi satu azimat...dlm petua rumah tangga..)

19 March 2010

Diskusi Ilmiah...

Diskusi Ilmiah..anjuran KEMAS diadakan di dat.JKKK kg.Kbg Badak,Abi, ptg klmarin18  mac 2010.
Perbincangan 2 hala...bersama org kg...oleh kerana majlis ini diadakan tergesa2..taklah berapa org yg hdir.Apa pun sedikit sbnyk menyunting semangat utk mngenali siapa junjungn nabi kita.
Menyedarkan kita.....siapa dia Nabi Muhammad S.A.W yg kita kasihi.
Tapi pada hakikatnya ..kenyataannya kita lebih mengenali org yg kita cintai dari mengenali siapa junjungan kita ini...Sesungguhnya Rasullullah lah yg akan memberi syafaat bila tiba di Pdg Mahsyar.









Marilah kita renungilah sejenak rentetan peristiwa yg kdgkala menjadi kita alpa...lupa dlm mengejar cinta dunia....








(Perbualan antara Rasulullah dan anakandanya..Siti Fatimah)
”Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.”

Jawab Fatimah;

”Tidak ayah.”

”Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan
memutuskan segala macam
nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan
dan yang memusnahkan semua rumah serta mera-maikan
kubur.”

Fatimah r.a. tidak dapat menahan air malanya lagi
setelah mengetahui bahawa
saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia
menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasullillah s.a.w.
mendengar tangisan Falimah r.a.  maka beliau pun
berkata:

”Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah
orang yang pertama dalam
keluargaku akan bertemu dengan aku.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat
lzrail masuk. Maka
malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap:

”Assalamuaalaikum ya Rasulullah.”

Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:

”Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang
menziarahi aku atau untuk
mencabut rohku?”

Maka berkata malaikat lzrail:

”Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk
mencabut rohmu, itupun
kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku
akan kembali.”

Berkata Rasulullah s.a.w.:

”Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?”

Berkata lzrail:

”Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para
malaikat sedang
memuliakan dia.”

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan
duduk dekat kepala
Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat
kedatangan Jibril a.s.  maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata:

”Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat”

Berkata Jibril a.s.:

”Ya aku memang tahu.”

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:

”Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang
menggembirakan aku disisi
Allah s.w.t.”

Berkata Jibril a.s.:

”Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para
malaikat bersusun rapi
menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga
telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias
menanti kehadiran rohmu.”

Berkala Rasulullah s.a.w.:

”Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang
umatku di hari kiamat
nanti.”

Berkata Jibril a.s.:

”Allah s.w.t. telah berfirman yang
ber-maksud:”Sesungguhnya aku telah
melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum
engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang
semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki
syurga.”

Berkata Rasulullah s.a.w.:

”Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa
susahku.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:

”Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.”

Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya,
apabila roh nya sampai
pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:

”Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.”

Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah
s.a.w. apabila mendengar
kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s.
itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:

”Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat
wajah-ku?”

Jibril a.s. berkata:

”Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup
melihat wajahmu dikala
kamu dalam sakaratul maut?”

Anas bin Malik r.a. berkata:

”Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada
beliau telah bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga
shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke
atasmu.”

Ali r.a. berkata:

”Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang
saat-saat terakhir, telah
mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan
saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w.
berkata: “Umatku, umatku.”

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa:

”Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai
Muhammad, sesungguhnya
Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang
gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu
membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil
seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah
kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.
 
 
Sebak dan luluhnya hati mendgr cerita tentang sayangnya
Rasulullah terhdp umatnya... 
Tanya lah diri kita...SAYANGKAH kita kepada Rasulullah...
berapa kali kah sehari kita mnyebut namanya???
MasyaAllah....siapakah kita di hati kekasih Allah itu????
Jom kita muhasabah diri.....

06 February 2010

Mengapa kita cemburu??






Muka org cemburu mcm ni ka?? cute la..kalu mcm ni ek...(sje boh pict ni....psl comel je...hehehe...)
cemburu  bukan hanya utk berlain jenis..sama jenis pun ada...cemburu hadir bila kita menyayangi seseorang!!
tak kira lah dia tu suami ,kekasih,buah hati,kwn rapat dan seseorang yg kita rasa kita rapat dgn dia!!
tapi kenapa kita mesti cemburu pada kwn rapat kita??
Cth...best friend...slalu ke mana2 dgn kita...apa2 masalah sama2 kongsi n selesaikan...tiba2 dia baik dgn org lain...kenapa perasaan ini dtg?? sedangkan kita tau dia sama jenis dgn kita..
Mgkin kita takut dia tak sayang dan rapat dgn kita mcm sblum ini??
Heran jugak...tapi rasa ini sesekali terdetik.....tanpa di undang....tanpa dipinta...

Kalaulah cemburu ini boleh di humban ke dasar lautan...tauk dan nyahkan dari hidup kita...
Lagi satu cemburu utk kebaikan...bersifat persaingan..ok la juga....boleh berusaha dan berlawan secara sihat...so...mcmna lah nak menyingkirkan parasit ini dalam hidup kita??
uwa...uwa...uwa....






Sakit bila rasa cemburu....dan ia hadir tidak di undang.....

05 February 2010

Kita selalu lupa...

Kita selalu lupa keindahan ciptaan Allah....kemewahan dr segi harta benda,kesenangan hidup,pengisian masa...diberi kenikmatan dari tubuh badan yang sihat....

Sering lupa untuk mensyukuri nikmat2 Allah dengan memperbanyakkan amalan wajib dan sunat...mengunjungi rumah2 Allah...dalam  sehari berapa kali kita solat sunat? wajib pun mungkin kadang2 tercicir dengan urusan duniawi..tidak pun sering memperlambatkan solat ...

Sering juga mengeluh dengan sedikit kesusahan dan kesakitan....di mana lah kedudukan kita sebenarnya di sisi Allah ye...
Kita susah jengoklah kat bawah...masih ramai lagi yang lebih susah dari kita...sekiranya sakit, masih ada orang yang sakitnya sepuluh kali ganda teruk dari kita....barulah kita rasa alhamdulilah...rupanya aku hanya diberi secubit ingatan...dan akan lebih merasa bahagianya di tika-tika senang kita.....



(Semoga hamba allah ni tabah menghadapi saat2 diuji Allah...amin...)

19 January 2010

Rakaman yang tidak di siarkan

Sekitar Rakaman Al-Kuliyyah: Antara Adab dan Biadab

Malam tadi (19 November 2009), saya mengikuti sesi rakaman rancangan Al-Kuliyyah (TV3) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sesi kali ini agak menarik, dengan tajuk “1 Akidah” rancangan kali ini menampilkan Al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Dr. Fauzi Deraman. Perbincangan yang bertajuk “1 Akidah” ternyata banyak berkisar sekitar persoalan tentang adab, tentang perbezaan pendapat. Itupun, tidak sepenuhnya perbincangan itu bersifat ilmiah. Apa yang pasti, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Dr. Fauzi Deraman mengecewakan. Sikap dan kata-kata mereka ternyata menggambarkan suatu kebiadaban; apa yang diistilahkan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady sebagai fenomena “kebiadaban intelektual”.
Perbezaan pendapat adalah suatu lumrah yang tidak mungkin boleh dielakkan. Justeru, menurut Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam ajaran Islam telahpun disiapkan panduan dan pedoman untuk menangani perbezaan pendapat tersebut. Sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam kitab suci Al-Qur’an, kita hendaklah mengikuti jalan orang-orang yang beriman (sabiilil-mu’minin); yakni, kita hendaklah patuh kepada ijma’ ‘ulama – kesepakatan majoriti ‘ulama. Beliau menghuraikan, ini maksudnya kita hendaklah taat kepada ajaran Islam arus perdana. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady memetik di dalam kitab Fathul Bari yang menyatakan bahawa imam-imam yang muktabar di dalam Ahli Sunnah wal Jamaah adalah perlu ditaati sama ada dari segi aqidah, syariat mahupun akhlak. Jika adapun perbezaan pendapat, maka hal itu haruslah ditangani secara cermat dan dengan penuh adab.
Apa yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady tersebut ternyata merupakan satu panduan yang penting kerana apa yang sedang berlaku di dalam negara ini pada hari ini adalah sikap segelintir “kaum muda” (Salafi, Wahabi, gerakan Tajdid, atau apa sahaja namanya) yang cuba melawan ‘arus perdana’. Amalan dan pegangan umat Islam di negara ini, yang merupakan amalan dan pegangan arus perdana yang telah disusun hasil kesepakatan para ‘ulama, cuba dicabar tanpa kita memahami apakah maksud sebenar di sebaliknya. Kelihatannya, hanyalah kerana mereka itu inginkan publisiti dan ingin menjadi jaguh yang dikenali di dalam masyarakat. Apakah ada keperluan amalan membaca doa qunut yang telah lama diamalkan oleh masyarakat negara ini dilawan? Apakah ada keperluan amalan membuat majlis tahlil arwah diharamkan? Apakah ada keperluan Selawat Syifa’ yang sangat masyhur di kalangan masyarakat negara ini dikatakan amalan yang salah? Itu semua adalah amalan yang datangnya melalui ajaran arus perdana di negara ini, yang semuanya ada dalil dan nas yang menyebabkan para ‘ulama mengajar amalan-amalan tersebut.
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (MAZA) kemudian menyebut tentang sikap majoriti para imam mazhab, yang menyuruh agar ditinggalkan pendapatnya apabila ada dalil yang sahih yang bercanggah dengan pendapatnya. Hal itu, menurutnya, menjadi bukti betapa para imam menghormati dalil dan nas. Dr. MAZA juga menyebut bahawa adalah penting untuk menghormati pandangan para ‘ulama muktabar; apa yang diistilahkan di dalam usul fiqh sebagai ijma’ ‘ulama. Dr. MAZA juga menyentuh tentang masalah fanatik mazhab. Sehinggakan, katanya, hanya kerana berbeza pandangan seseorang itu boleh dihukum sesat, biadap dan sebagainya.
Hal ini telahpun disanggah dengan mudahnya oleh Al-Fadhil Ustaz Yusri Mohd. melalui soalan beliau kepada Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady. Kata-kata para imam mazhab bahawa “apabila bertemu dalil yang sahih hendaklah ditinggalkan pendapatku” adalah kata-kata khusus yang ditujukan kepada para ‘ulama jua, dan bukannya kepada orang awam seperti kita semua. Kata-kata tersebut ditujukan khusus kepada para ‘ulama yang berkapasiti untuk membuat ijtihad. Mana mungkin masyarakat awam, ataupun sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu agama tetapi tidak sampai ke tahap mujtahid, untuk membuat ijtihad sendiri apabila bertemu sahaja hadith sahih (atau yang dikatakan sahih) di dalam kitab-kitab mahupun buku-buku. Apakah ada jaminan interpretasi mereka terhadap maksud hadith itu betul? Apakah mereka faham benar konteks kegunaan hadith tersebut? Harus diingat bahawa hadith itu datangnya dengan konteks yang tertentu. Kerana itu kita banyak bertemu hadith-hadith yang kelihatannya seperti bercanggah antara satu sama lain, tetapi sebenarnya tidak kerana konteksnya berbeza. Cukup menghairankan apabila Dr. MAZA menekankan tentang perlunya kita patuh kepada ijma’ ‘ulama, tetapi dia sendiri menentang aliran arus perdana (yang merupakan hasil ijma’ ‘ulama) di negara ini; seperti contoh, dia mempertikaikan dan memperlekeh majlis maulid, memperlekeh al-Fadhil Syeikh Jaafar al-Barzanji (bacaan Maulid Barzanji – disebut ‘berzanji’ oleh orang Melayu – telah lama diamalkan di negara ini), dan sebagainya yang mana semuanya adalah perkara-perkara yang dipersetujui oleh para ‘ulama. Jika adapun pandangan berbeza, maka itu adalah perbezaan pendapat yang tidak wajar dan tidak patut dijadikan polemik di dalam masyarakat! Hormatilah apa yang telah disusun oleh para ‘ulama terdahulu untuk kesejahteraan umat Islam di negara ini!
Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Dr. Fauzi Deraman kemudiannya menyatakan bahawa semua orang, termasuk para ‘ulama, adalah tertakluk kepada ayat Al-Qur’an yang menyatakan bahawa kita semua tidak dikurniakan pengetahuan melainkan sedikit. Justeru, Al-Qur’an juga mengajarkan kita agar “bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”. Menurutnya, setiap orang ada bidang kepakaran masing-masing dan bidang tersebut harus dihormati. Tentang fenomena masa kini di mana semakin ramai orang awam yang turut melibatkan diri dalam perbincangan terbuka tentang hal-hal agama yang sebenarnya bukan bidang mereka, Dr. Fauzi Deraman menyatakan bahawa orang awam tidaklah wajar disalahkan sepenuhnya kerana orang awam mengikuti ‘mentor’ mereka. Maka, apa yang penting adalah orang awam harus dididik dan diberikan panduan yang betul. Apa yang dikatakan oleh Dr. Fauzi Deraman ternyata benar. Namun, apa yang berlaku pada hari ini adalah orang sudah tidak menghormati autoriti. Dalam hal agama sebagai contoh, semakin ramai orang sudah tidak lagi menghormati autoriti kerana terpengaruh dengan sikap segelintir orang muda yang kononnya berilmu, mungkin kerana memilik Ph.D. lalu memakai gelaran ‘Doktor’ di hadapan namanya, yang dengan sewenang-wenangnya mempersoal dan mempertikaikan pendapat para ‘ulama sedangkan mereka bukanlah orang yang layak untuk melakukan hal yang sedemikian. Ada juga di kalangan para ilmuan sombong ini yang mengatakan diri mereka, ataupun mengatakan ‘ulama ikutan mereka, sebagai pakar hadith dan memakai gelar ‘Al-Muhaddith’ sedangkan antara syarat untuk seseorang itu digelar ‘Al-Muhaddith’ adalah ia haruslah menghafal 100,000 hadith! Itu belum termasuk syarat mempunyai dan menghafal sanad hadith. Sedangkan golongan ‘ulama sombong ini menolak amalan pemberian ijazah hadith; maka mana mungkin mereka menjadi pakar hadith!
Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady memberikan satu peringatan yang ringkas tetapi penuh makna; bahawa setiap urusan itu haruslah diserahkan kepada ahlinya. Peringatan daripada Allah Subhanahu wa ta’ala agar kita merujuk kepada ahlinya dan tidak memandai-mandai. Justeru, dalam soal memberikan pandangan, sepertimana yang dipraktikkan oleh para salafussoleh, hendaknya para ‘ulama itu berbincang di dalam wacana “para ‘ulama” untuk mendapatkan kesepakatan – dengan mengambil kira semua faktor – sebelum akhirnya keputusan itu disalurkan kepada orang ramai. Apa yang berlaku pada hari ini adalah kita terpengaruh dengan wacana ala pasca-modenisme, yang menganggap semua wacana adalah sama – atas nama ‘kebebasan bersuara’.
Penekanan yang diberikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady ini, walaupun ringkas, tetapi adalah sangat fundamental. Apa yang disebutkan adalah tentang hal adab. Hal ini demikian kerana tidak semua orang mempunyai kelayakan untuk membincangkan semua perkara. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajian ‘aqidah, berkaitan dengan fiqh dan akhlak, yang sudah tentu akan ditemukan banyak perbezaan pendapat tentangnya, adalah perkara-perkara yang tidak wajar, tidak patut dan tidak perlu untuk dibincangkan di dalam wacana terbuka di tengah-tengah masyarakat yang rata-ratanya tidak berkeahlian dalam hal ilmu Islam. Justeru, di situlah peranan para ‘ulama untuk menyusun dan menyepakati apakah kaedah, pendekatan, amalan, dan sebagainya yang patut diketengahkan kepada masyarakat. Itulah yang dilakukan oleh para imam mazhab dan para mujtahidin. Mereka meneliti dalil dan menyusun amalan-amalan dalam agama agar mudah diikuti oleh orang awam; agar tidak perlu lagi orang awam melalui proses penelitian dalil kerana tidak semua orang berkapasiti untuk memahami dengan benar dalil Al-Qur’an dan Al-Hadith, apatah lagi untuk mencapai tahap mujtahid! Tindakan membawa wacana yang berkaitan dengan penentuan asas-asas serta amalan-amalan dalam agama ke tengah kancah masyarakat, hanyalah akan menyebabkan berlaku kecelaruan kerana masyarakat akan mula keliru, dan lebih teruk lagi sudah mula muncul di tengah-tengah masyarakat golongan muda (khususnya) yang dengan beraninya berwacana menggunakan nama-nama ‘ulama seperti Imam Syafie, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan sebagainya, sedangkan mereka hanyalah ‘berguru’ dengan Internet ataupun dengan membaca sendiri buku-buku para ‘ulama tersebut. Jika adapun guru tempat merujuk, hanyalah seorang atau dua orang guru-guru yang tidak mempunyai susur galur ilmu yang mantap. Hal ini berlaku kerana melihatkan wacana-wacana yang semakin banyak dibincangkan secara terbuka, sehingga mereka merasakan bahawa sesiapa sahaja layak untuk membincangkan persoalan agama.
Bagaimanapun, Dr. MAZA seolah-olah gagal memahami apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady. Dia memetik hadith yang menyatakan bahawa Allah akan membangkitkan seorang ‘mujaddid’ (pembaharu urusan agama) pada setiap 100 tahun. Dia menyentuh tentang bagaimana urusan membaharui urusan agama ini telah dilakukan oleh semua mujaddid, biarpun ditentang hebat. Dia menyebut cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Imam Ahmad, Imam Syafie dan sebagainya dalam menyatakan kebenaran. Saya tertanya-tanya, apakah dia mahu menyamakan dirinya dengan Imam Ahmad dan Imam Syafie? Dia menyebut contoh-contoh itu sebagai menyatakan bahawa dirinya juga perlu melakukan ‘tajdid’ (membaharui urusan agama) biarpun sukar diterima. Namun, sekali lagi, perlu diperhatikan siapakah Imam Ahmad dan siapakah Imam Syafie? Mereka adalah ornag yang diberikan pembukaan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, sehingga mempunyai keluasan ilmu yang hebat. Sekiranya salah seorang daripada mereka masih hidup pada hari ini, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan adalah wajib bagi seluruh umat Islam di dunia ini mematuhinya sebagai rujukan utama masa kini! Siapalah Dr. MAZA jika hendak dibandingkan dengan Imam Syafie, Imam Ahmad? Juga, harus diperhatikan apakah yang diperjuangkan oleh imam-imam besar itu sama seperti apa yang diperjuangkan oleh Dr. MAZA? Imam Syafie dan Imam Ahmad berjuang untuk membetulkan ‘aqidah umat Islam (diulangi: ‘aqidah), kerana tanpa ‘aqidah yang betul boleh jatuh kufur seseorang itu. Sedangkan di negara ini kita sudah mempunyai suatu susunan amalan dan pegangan yang betul, tidak perlu lagi dipertikaikan!
Dr. MAZA kemudiannya menyatakan, sebagai membantah pandangan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, bahawa sekiranya dia perlu berbincang dahulu sebelum menyampaikan pandangannya, maka tidak akan berlakulah “sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat”. Saya dan rakan-rakan di pentas penonton hanya mampu menepuk dahi dek kerana lemahnya hujah yang digunakan oleh dia. Hadith tersebut bukan untuk hal tajdid! Jika hadith tersebut adalah berkaitan dengan hal tajdid, maka mudah sangatlah proses tajdid itu dan tidak perlulah dibangkitkan seorang mujaddid kerana sesiapa sahaja boleh melakukannya! Juga, apa yang dimaksudkan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady agar diadakan perbincangan di peringkat para ‘ulama terlebih dahulu bukanlah maksudnya agar jangan dilakukan dakwah! Maksud beliau adalah supaya perkara-perkara khilaf, perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar, dengan pendekatan dan sebagainya, dibincangkan secara ilmiah terlebih dahulu di kalangan para ‘ulama, agar para ‘ulama yang berkeahlian itu dapat memutuskan apakah dia yang paling sesuai untuk disalurkan kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat tidak berkeahlian untuk menentukan bagi diri mereka sendiri apakah yang patut atau tidak, apa yang benar atau tidak. Nah, bukankah di dalam wacana para ‘ulama itu masih ada peluang untuk ‘menyampaikan daripada Rasulullah walaupun sepotong ayat’. Keluarkanlah apa sahaja dalil dan nas yang diketahui di dalam wacana para ‘ulama kerana memang sifat wacana itu ilmiah. Mengapa harus dibawa kepada masyarakat? Adakah kerana ingin dikenali, ingin dilihat sebagai jaguh? Jika benar ingin manfaat dan faedah bagi masyarakat, bukankah pandangan dan usaha ijma’ ‘ulama itu lebih kukuh dan lebih baik daripada usaha beberapa kerat individu? Logik ini terlalu mudah, hanya mereka yang tertutup minda dan hatinya sahaja yang akan gagal memahaminya.
Dr. Fauzi Deraman pula menyatakan bahawa perselisihan (dalam hal dasar agama) tidak berlaku di zaman Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, kerana ada kaitannya dengan metodologi pada zaman itu. Saya mungkin boleh bersetuju dengan kenyataan itu kerana memang ada kebenarannya. Namun, sebab utama mengapa tidak berlakunya perselisihan pada zaman tersebut adalah semata-mata kerana baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam! Baginda adalah ikutan ulung para sahabat, baginda adalah contoh, baginda adalah rujukan utama! Para sahabat patuh dan taat kepada baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam tanpa soal: ini dinamakan taqlid! Benar, dalam Islam ada kebenaran untuk taqlid, bagi orang yang tidak mampu berijtihad seperti kita semua! Jika ada yang ingin menyanggah dengan mengatakan bahawa bertaqlid dengan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sahaja yang boleh, maka ketahuilah bahawa Rasulullah telah mengiktiraf generasi salafussoleh, para Khulafa’ Ar-Rasyidiin dan Ahlul Bait sebagai kelompok yang harus kita ikuti dan contohi.
Namun, saya ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan Dr. Fauzi Deraman yang menyatakan bahawa para sahabat tidaklah belajar banyak sangat tentang ‘aqidah. Kenyataan itu ternyata adalah suatu kenyataan yang sangat biadap! Para sahabat adalah mereka yang paling ‘arif tentang ‘aqidah! Kenyataan dia seolah-olah menggambarkan bahawa umat Islam yang terkemudian lebih maju dalam hal pengajian ‘aqidah! Memang benar bahawa para sahabat tidaklah mempunyai sistem pengajian yang canggih (baca: berkecamuk) sepertimana apa yang kita ada pada hari ini. Tetapi harus difahami bahawa para sahabat adalah mereka yang paling mantap ‘aqidah mereka, dan menjadi rujukan kita semua sehingga ke hari ini! Para sahabat adalah contoh kita dalam hal ‘aqidah. Bukankah dalam pembelajaran ‘aqidah pada hari ini pun kita memetik contoh-contoh daripada kisah sahabat? Penyusunan sistem bagi kita mempelajari dan memahami ‘aqidah yang benar seperti yang dilakukan oleh Al-Imam Abu Hassan Al-Asy’ari adalah juga bersumberkan kepada para sahabat, yang sudah tentunya datangnya pula daripada Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Jika dikatakan para sahabat tidak banyak belajar ‘aqidah, adalah tidak benar sama sekali kerana para sahabat berada bersama Rasulullah, dan mereka mempelajari keseluruhan isi kandungan kitab suci Al-Qur’an secara langsung daripada baginda Rasulullah! Mereka mempelajari ‘aqidah daripada dua sumber utamanya: Al-Qur’an dan Rasulullah! Mana mungkin mereka tidak banyak belajar ‘aqidah!
Justeru itulah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady mengingatkan semua tentang niat. Menurut beliau, niat itu adalah penting kerana setiap amalan itu nilaiannya bergantung kepada niat. Niat yang tidak betul akan merosakkan amalan; sepertimana solat menjadi rosak, sedekah menjadi sia-sia jika niatnya adalah untuk membangga dan menonjolkan diri. Hal ini, menurut Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, adalah sesuatu perkara yang sangat asas dan sangat penting tetapi ramai orang terlupa, termasuk sesetengah orang yang berilmu. Dalam melakukan pembaikan, teguran dan sebagainya kita haruslah ikhlas kerana mencari redha Allah Subhanahu wa ta’ala. Justeru, apa yang penting adalah kita menghormati orang lain, kita menghormati ‘ulil amri’. Jika ingin melakukan teguran, hendaklah dilakukan dengan cara baik dan cara berhikmah, bukannya dengan cara terus memaparkan kritikan itu di dada akhbar sehingga boleh mengakibatkan malu dan keresahan. Inilah adab namanya! Hal ini demikian kerana, jika benar kita ikhlas ingin menegur dan membuat pembaharuan maka sudah tentu boleh sahaja teguran itu disalurkan terus kepada pihak berwajib – kepada para pemerintah, kepada para ‘ulama – tanpa perlu melalui media massa. Kerana yang diinginkan adalah menyampaikan teguran dengan cara baik, bukan mencari populariti!
Mungkin disebabkan terasa dengan teguran ‘pedas’ Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Dr. MAZA naik suara sedikit. Dia menyatakan bahawa adalah tidak patut jika seseorang itu berbeza pendapat dengan orang lain, maka orang lain itu terus dituduh sebagai sesat, Wahabi dan sebagainya. Saya bersetuju dengan pandangan Dr. MAZA. Namun, ternyata di situ tersisip suatu keangkuhan dan cubaan untuk memutarbelitkan apa yang sebenarnya berlaku di negara ini. Harus difahami bahawa pertuduhan “sesat”, “Wahabi” dan sebagainya yang dilontarkan kepada individu-individu tertentu bukanlah dibuat secara semberono! Ya, mungkin sahaja ada di kalangan masyarakat awam di negara ini yang agak ‘emosional’ dan dengan mudahnya melabel orang dengan label yang pelbagai. Namun, di peringkat para ‘ulama dan intelektual, menghukum seseorang itu sebagai “sesat”, atau sebagai berfahaman “Wahabi” adalah sesuatu yang dibuat secara ilmiah. Apabila telah jelas dan telah zahir seseorang itu sesat, apakah mungkin kita mendiamkan diri dan tidak menyatakannya? Apakah hanya kerana semata-mata ingin meraikan ‘perbezaan pandangan’, maka kita tidak boleh menyatakan kesesatan seseorang itu apabila telah zahir kesesatannya? Jika begitu, tarikh balik sahaja pertuduhan kita terhadap Haji Kahar (Rasul Melayu). Fahaman dan aliran pemikiran yang “sesat” dan “Wahabi” itu telah lama dijelaskan dan dihadirkan dalil-dalil serta bukti bagi menyokong pertuduhan tersebut; hanya sahaja, mungkin segelintir pihak tidak mahu menerima hujah dan dalil-dalil yang dikemukakan.
Dr. Fauzi Deraman kemudiannya menekankan bahawa daripada segi sumber, tidak ada perselisihan kerana kita semua mengakui bahawa kita hanya ada dua sumber (dalam hal ‘aqidah, syariat mahupun akhlak) yakni Allah dan Rasul. Dr. Fauzi menyatakan bahawa kita tidak ada sumber-sumber yang lain selain daripada Allah dan Rasul. Hal tersebut sememangnya benar, bahawa tidak ada sumber yang lebih utama dalam agama selain daripada Allah dan Rasul. Namun, mungkin perlu dijelaskan lagi bahawa di dalam usul fiqh, melalui peruntukan di dalam nas-nas Al-Qur’an dan Al-Hadith, Ijma’ ‘Ulama juga diterima sebagai sumber – selepas Al-Qur’an dan Al-Hadith. Kegagalan mengiktiraf ijma’ ‘ulama sebagai sumber akan menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam lembah kebiadaban ilmu. Memang benar sumber utama dalam Islam hanya dua, yakni Al-Qur’an dan Al-Hadith. Tetapi, siapakah yang akan menyampaikan kita kepada kefahaman yang benar tentang keduanya? Oleh sebab itulah, setelah Rasulullah berpesan para peringkat awalnya agar umat baginda berpegang kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith, maka Rasulullah berpesan pula kepada kita menjelang penghujung kehidupan baginda di dunia ini supaya kita berpegang kepada sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidiin dan sunnah Ahlul Bait. Hal ini demikian kerana mereka adalah kelompok yang paling ‘arif tentang Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Oleh sebab itulah, setelah berlalunya zaman Rasulullah, para sahabat merujuk kepada orang yang paling hampir dengan Rasulullah dalam usaha untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah. Para tabi’in merujuk kepada para sahabat dalam usaha untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah. Para tabi’ tabi’in pula merujuk kepada para tabi’in dalam usaha yang sama. Dan begitulah seterusnya berlaku, sehingga kita pada hari ini merujuk kepada para ‘ulama, guru-guru kita, masyayikh kita yang mursyid dan murabbi, dalam usaha kita untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah. Inilah dikatakan adab! Bukannya dengan cara menolak pandangan para ‘ulama tradisi dan kemudian menelaah sendiri Al-Qur’an dan Al-Hadith – kerana siapa kita untuk memahami Al-Qur’an dan Al-Hadith? Kita hidup dalam zaman yang penuh dengan dosa dan maksiat, mana mungkin Allah mengurniakan kepada kita ‘ilmu dan kefahaman yang sama sepertimana yang dikurniakan kepada generasi terdahulu – kerana kita tidak layak!
Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady kemudiannya merumuskan perbincangan pada sesi rakaman Al-Kuliyyah itu dengan menasihatkan semua agar kembali kepada kerangka Ahli Sunnah wal Jamaah – aliran arus perdana yang dijamin kebenarannya oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Baginda Rasulullah telah menjamin untuk kita bahawa kerangka kebenaran (al-Haq) itu akan sentiasa ada di dalam agama ini, justeru itulah dia aliran arus perdana yang dibawa dan didokong oleh para ‘ulama secara berantaian daripada dahulu sehingga kini. Oleh sebab itulah di sisi pada ‘ulama, salah satu tradisi penting yang perlu dikekalkan bagi memastikan keberkatan dan kesahihan ilmu adalah tradisi pengajian secara bersanad. Kita haruslah mempunyai rantaian ilmu dengan guru kita, guru kepada guru kita, guru kepada guru kepada guru kita, dan begitulah seterusnya sehingga sampai kepada Al-Mu’allim Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam.
Selesai sahaja sesi rakaman itu sesi soal jawab dibuka kepada penonton yang hadir. Ada beberapa soalan dilontarkan kepada ketiga-tiga panel. Pada sesi ini semakin terzahir kebiadaban beberapa orang ahli panel dan para penonton yang menyokong mereka. Dalam usaha untuk menjustifikasikan betapa perlunya usaha ‘tajdid’ yang sedang dia lakukan, dalam erti kata memecahkan pegangan kepada mazhab syafi’e dan menjadi ‘lebih terbuka’, Dr. MAZA mengambil beberapa contoh kelemahan pandangan di dalam mazhab syafi’e sambil menyatakan bagaimana sikap Imam Syafi’e sendiri serta sikap ‘ulama terdahulu yang begitu terbuka. Dr. MAZA memperli sikap ‘golongan agamawan’ serta ‘pihak berkuasa agama’, khususnya kerana sikap tertutup mereka dan kerana tindakan yang dikenakan ke atasnya oleh JAIS. Bukankah seharusnya sudah jelas, begitu ramai orang yang menentangnya bukanlah kerana dengki dan bukanlah kerana semata-mata tidak suka kepada perbezaan pandangan; tetapi, kerana aliran pemikiran yang dibawa oleh Dr. MAZA adalah berbahaya kepada kesejahteraan umat Islam di negara ini. Sikap Dr. MAZA yang memperlekeh ‘golongan agama’, mencabar ‘autoriti agama’ secara terbuka begitu, sambil disambut dengan tepukan tangan oleh sebilangan penonton, ternyata menampakkan keangkuhan dan ketiadaan adab. Apatah lagi apabila disambung pula oleh Dr. Fauzi Deraman yang mengikut rentak Dr. MAZA. Dr. Fauzi memperlekeh-lekeh pandangan dalam mazhab syafi’e (dalam kes ini berkaitan haji) yang katanya menyusahkan, sambil disambut dengan senyum dan gelak ketawa Dr. MAZA dan sebilangan para penonton. Kami hanya mampu terdiam melihat.
Namun, ternyata jika Allah ingin menzahirkan kebenaran maka tidak ada apa yang akan dapat menghalangnya. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menutup dengan suatu teguran yang langsung kepada para panelis dan penonton. Bergenang air mata tatkala Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menyatakan kesayuan beliau melihat orang ramai bergelak-ketawa tatkala kisah para ‘ulama diceritakan dan pandangan mereka dilekeh-lekehkan. Begitu sayu beliau melihat orang ramai – termasuk para panelis – menganggap lekeh apa yang dibincangkan, sehingga boleh dijadikan bahan gelak ketawa. Ke mana perginya adab? Sungguh, persoalan adab ini adalah persoalan yang sangat penting. Ramai oleh boleh bercakap tentang adab, tetapi tidak semua orang benar-benar boleh menjadi orang yang beradab. Sekadar mengulangi pesanan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, bahawa ikutilah dan taatlah kepada aliran arus perdana Ahli Sunnah wal Jamaah. Taatlah kepada imam-imam Ahli Sunnah wal Jamaah. Bersikaplah dengan sikap yang betul; bercakaplah dengan bahasa dan ayat yang betul. Di dalam Al-Qur’an, Allah Subhanahu wa ta’ala menyatakan bahawa sesiapa yang tidak beradab dengan Rasulullah – cukup sekadar meninggikan suara lebih tinggi daripada suara Rasulullah – maka akan terhapus segala pahala amalannya. Nah, para ‘ulama itu pewaris Rasulullah, mengapakah kita enggan beradab dengan mereka? Memang benar mereka bukan maksum, bukan sempurna, tetapi sedarlah bahawa kita semua jauh lagi tidak sempurna daripada mereka!
Semoga Allah mengurniakan Rahmat kepada seluruh para pejuang Ahli Sunnah wal Jamaah; dan semoga Allah membuka pintu hati golongan berilmu yang sombong, serta para pengikut aliran pemikiran mereka.
Mohon maaf atas salah dan silap. Sekadar luahan rasa hasil ilham daripada Allah dan berkat sentuhan guru kita Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki. Saya hanyalah seorang insan yang sangat hina yang sedang berusaha menggapai cinta-Nya, dan cinta Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.
Wallahu’alam.

-Sekadar men copy nye utk santapan minda


28 October 2009

Cermin diri....

Aduhai yang brnama manusia....berapa kerat antara kamu membelek,muhasabah diri,merenung kedlm hati??
Terlaksanakah tnggongjwp aku? pada ibu bapa?adik beradik? anak2?baikkah sahsiah aku?pemurahkah?
brtimbang rasakah?adilkah?baikkah tuturkata? cara brckp menyakiti hati orng kah? gurauan kita org blh terimakah??....Huhhh....atau perasan semua diri betoi dan hnya nmpak slh org je....

Bila bergurau/melawak jgnlah byk pengulangan...org utara kata" dok sebut...sebut tuhh..je..!"
org mendengarnya cemuihhhh.....meluat....
tanggongjwp pd ibubapa...berbaktilah selgi umo mereka ada! waima tnggongjwp tu secara hukum di bahu anak lelaki!!..bertimbang rsa..

kita keje..org kt umh goyang kaki?

kita xdan...org x keje dan??

kita penat...org lain x penat?

kita x ckup masa 24 jam...org kt umh 36 jam?

Cermin hati...cermin diri...adilkah aku? wajarkah tindakan aku?
berbakti bkn menghrpkan wang ringgit n harta...
bertanya khabar,berkongsi rasa,berkongsi tnggongjwp...
baru berat jd ringan...xdan jd dan...harmoni...n xdak yg stresss.....
fikir-fikirkan......

18 October 2009

Tanya pada hati...

Tanya pada hati...
mengapa mesti sakit hati,jika hakikatnya benar.
tanya pada hati...
kenapa mesti marah jika ia hanya teguran.
tanya pada hati..
mengapa mesti memberontak, jika ia sekadar melawak.
tanya pada hati...
kenapa...kenapa..hati jadi sensitif .

tanya pada hati...
berhati-hati menutur kata
jika tak mahu hati rasa sakit..
terima teguran jika ia benar..
jangan melawak...
jika punya hati yg rapuh,
dan..
diamlah mulut jika
hati mula berkelodak...



(sering trtanya2...nape hati tiba2 jd marah.huhuhu..)

11 August 2009

INFO 'KATAREK'

Antioksidan Bantu Cegah Katarak

Bukan kesemua masalah penglihatan boleh dicegah tetapi banyak langkah boleh dilakukan untuk memperlahankan perkembangan kebanyakan gangguan mata dan mencegah kerosakan penglihatan. Salah satu daripada masalah tersebut adalah katarak.

Katarak merupakan kawasan berkabut dalam kanta mata yang lutsinar, iaitu tisu yang berada di belakang anak mata yang bertanggungjawab dalam pemfokusan cahaya ke atas retina.

Katarak biasanya bermula sedikit sahaja dan mempunyai sedikit kesan kepada penglihatan. Tetapi apabila ia semakin membesar dan mengaburkan lebih banyak kawasan kanta, anda mendapati tugasan biasa semakin sukar untuk dilakukan.

Katarak boleh berkembang dalam satu atau kedua-dua belah mata, dan boleh terdapat lebih daripada satu bentuk katarak pada mata yang sama. Kebanyakan individu dengan katarak dalam salah satu mata biasanya akan membentuk katarak pada sebelah mata yang lain.

3 Tahap Katarak

Terdapat tiga tahap katarak iaitu tidak matang, matang dan terlampau matang. Jika seseorang masih mempunyai sebahagian daripada penglihatannya, ini bermakna kanta mata masih mempunyai beberapa kawasan yang jelas (jernih) dan katarak tersebut dikatakan tidak matang.

Katarak matang merupakan jenis yang mengaburi kesemua kawasan kanta atau legap. Katarak terlampau matang pula akan mula melepaskan bendalir dari kapsul luaran kerasnya yang mungkin mengakibatkan masalah di sekitar kawasan mata.

Faktor Risiko

Dalam kebanyakan kes, katarak terbentuk apabila usia meningkat. Statistik menunjukkan pada usia 75 tahun, 70% rakyat Malaysia mungkin menghidap katarak yang mengakibatkan masalah dalam aktiviti seharian.

Selain daripada peringkat usia, punca katarak yang kedua penting adalah diabetis yang juga merupakan sebab utama kebutaan bagi golongan orang dewasa antara peringkat usia 20 hingga 74 tahun.

Perokok lelaki yang menghisap 20 batang rokok atau lebih sehari juga mempunyai risiko berganda dalam perkembangan katarak sementara bagi golongan wanita, menghisap 35 batang rokok atau lebih akan menggandakan risiko mereka.

Penggunaan kortikosteroid dalam jangka panjang juga disebut-sebut mempengaruhi risiko kejadian katarak.

Latar belakang keluarga yang mempunyai katarak, golongan yang mempunyai perkembangan terbantut dalam zaman kanak-kanak, atau dilahirkan pra-matang turut berisiko tinggi untuk mendapat katarak.

Akhir sekali, pendedahan jangka panjang kepada sinar untraungu (UV) matahari atau dari sinar-X boleh meningkatkan risiko pembentukan katarak yang dikenali sebagai katarak radiasi.

Gejala Katarak

Gejala biasa katarak adalah penglihatan semakin kabur dan terjejas teruk. Gejala lain merangkumi gambaran warna yang malap dan luntur, keupayaan penglihatan waktu malam menurun, bermasalah dengan sinaran cahaya dan lampu yang terang, dan dalam kebanyakan kes kunjungan ke pakar oftalmologi yang kerap untuk menukar preskripsi cermin mata dan kanta sentuh apabila penglihatan semakin buruk.

Sesetengah pesakit melaporkan penglihatan berganda pada mata yang terlibat walaupun gejala ini kelihatan berkurangan atau lenyap keseluruhannya apabila katarak semakin berkembang.

Jika penglihatan seseorang itu semakin bertambah buruk, langkah terbaik adalah berjumpa dengan seorang pakar mata secepat mungkin. Pakar akan membantu dalam diagnosis dan memberi rawatan yang sewajarnya jika perlu.

Diagnosis

Cara yang paling biasa bagi mendiagnosis sesuatu katarak yang berkaitan dengan penigkatan usia adalah pada masa pemeriksaan mata dibuat.

Oleh kerana katarak biasanya terbentuk dalam tempoh masa yang lama, dalam kebanyakan kes, seseorang tidak memberi perhatian terhadapnya sehingga sudah terlewat. Adalah sangat penting, terutamanya bagi golongan tua, untuk mendapatkan pemeriksaan mata berkala daripada seorang pakar pada masa yang tetap.

Katarak boleh dicegah. Pertama sekali, elakkan risiko diabetis untuk mengurangkan risiko katarak. Elakkan juga penggunaan jangka panjang kortikosteroid dan merokok.

Pakailah cermin mata hitam (dengan lapisan perlindungan UV) semasa di luar untuk melindungi mata daripada pendedahan sinar UV.


16 June 2009

Sungguhkah suami tak sayang........

ntah kenape pagi ni tetiba je tergiang2 satu perbualan....
sebelum tu nak cite mukaddimah dlu....

Satu famili(A)...suami dia jenis tak kisah...isteri drive balik dr KL lalu kut pahang, gua musang...bwa anak2...meredah malam.suami sanggup dok umah ...buat keje dia!
tu...jarak jauh, kalu dekat2 lagi la...

satu famili(B) ..suami jenis tak harap isteri drive.dia kata; bwa kete kalutla...lajula...seribu 1 mcm alasan...waima...contohla...dari kangar ke jitra yg cuma masa dlm setgh jam je...

kebetulan hari tu..satu jiran ni..balik kelantan satu famili.tapi suami terpksa balik dlu pasai ada urgent..kat tmt keje .dia tinggal kete balik ngan bas...dan kemudian naik bas ke kelantan balik ambk isteri n anak2 dan balik semula ke rumah mereka.

Anak dari famili A bertanya la kat si mak ni...

"apa pasai pakcik tu balik sorang? tinggal kete n makcik kt kelantan?"
"pasai pakcik tu tak harap makcik drive balik ke sni!.."
"Ooo...pakcik sayang kt makcik ek..."
"Hmn...mestila..."
"jadi...abah tak sayang mak la...pasai biar mak bak kete dr kelantan balik kedah?"
pertanyaan dari anak kepada si mak ni...

so...aku terfikir2la...betoi kah...seorang suami tak menyayangi isteri dia? jika membiarkan seorang isteri berdikari sampai ke tahap itu??

dan
sayangkah seorang suami kepada isteri ..jika tak membiarkan isteri dia drive walau jarak yg dekat??

atau
pengajaran...famili A...iseri dia ni..seorang yg keras kepala?tak dengar ckp suami...pentingkan diri sendiri?? juga mungkin...
suami tu pentingkan diri sendiri!

famili B lak...isteri dia memang jenis merempit, jenis org kelam kabut?...lalu menjdikan suami tak harap dan percaya isteri dia blh.. juga mungkin...
keje suami membolehkan dia mghantar isteri ni nak pergi mana....

Walau apa pun jenis suami dan setuasinye...aku percaya...tiada suami yang tak sayangkan isteri!!....melainkan suami tu..ehem..ehemm...lu fikirla sendiri.....hu..hu..hu..


15 June 2009

Mengapa hati jadi marah....



Marah itu sebenarnya ialah secebis api yang bersumber dari api Allah yang bernyala-nyala, yang panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya terpancar sifat congkak yang terpendam di dalam hati setiap orang yang sombong dan bongkak, seperti terpancarnya api dari batu yang bergesek dengan besi.

Orang yang melihat dengan nurul-yaqin (cahaya keyakinan) dapat menyingkap, bahawa dari manusia itu telah ditarik sepotong urat, berkontek dengan syaitan yang terkutuk, apabila api kemarahannya mula berkobar-kobar, maka kontek itu menjadi kukuh, sebagaimana pernah diucapkan oleh syaitan sendiri dan diceritakan oleh al-Quran:

“Engkau (tuhan) telah menciptakan aku dari api, dan engkau ciptakan ia (manusia) dari tanah.” (al-A’raf: 12)

Bukankah sifat tanah itu sentiasa bertenang dan tetap manakala sifat api pula bernyala-nyala, menyerang, berkobar-kobar dan bergejolak.

Kemudian timbul dari sifat marah itu perasaan-perasaan yang lain; iaitu dendam, hasad dan dengki, dan menerusi sifat-sifat inilah telah banyak orang yang binasa dan banyak juga orang yang rosak. Pokok segala kebinasaan dan kerosakan itu, bersebab dari segumpal daging (hati), jika daging itu dijaga dengan baik, baik pulalah seluruh tubuh.

Jika sekiranya kita telah mengetahui, bahawa sifat-sifat dendam, dengki dan marah itu di antara sifat-sifat yang menarik manusia kepada sebab-sebab kemusnahan dan kecelakaan, maka alangkah perlunya manusia itu untuk mengetahui sebab-sebab pendorongnya atau punca-punca perosaknya, agar ia dapat menghindarkan diri daripada bahaya-bahaya itu, dan agar ia dapat berhati-hati dan menjauhkannya dari hati dengan seberapa yang boleh.

Kecelaan sifat marah

Allah s.w.t berfirman:

“Perhatikanlah ketika Allah menimbulkan dalam hati orang-orang yang tidak beriman kepadaNya itu, perasaan sombong; iaitu sifat sombong zaman jahiliah, lalu Allah menurunkan pula ketenananganNya ke atasa RasulNya dan ke atas kaum Mu’minin.” (al-Fath: 26)

Ayat ini telah mencela kaum Musyrikin atau orang-orang yang tidak beriman dengan Allah Ta’ala, disebabkan mereka telah melahirkan perasaan sombong yang timbul dari sebab marah terhadap yang hak dan membela yang batil. Begitu pula ia telah memuji juga kaum Mu’minin, atau orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t., disebabkan sikap mereka yang menerima yang hak, lalu diturunkan ke atas mereka perasaan tenang.

Diriwayatkan ada seorang telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil memohon supaya baginda mewasiatkan sesuatu wasiat yang pendek dan sedikit saja. Maka baginda bersabda kepadanya: Jangan marah! Diulangi permintaannya lagi maka bagina sekali lagi: Jangan marah!

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergelut? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya.

Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergelut itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya.

Berkata Ja’far r.a.: Kemarahan itu kunci segala kecelakaan.

Setengah para sahabat berkata; Pokok dan pangkal sifat bodoh itu, ialah degil dan pemimpinnya ialah marah.

Barangsiapa yang meredhakan dirinya dengan kejahilan, tidaklah perlu lagi baginya sifat toleransi. Toleransi adalah sifat yang baik dan banyak mendatangkan manfaat. Sedang kejahilan pula adalah sifat yang buruk dan mendatangkan banyak mudharat. Berdiam diri atau tidak melayani pertanyaan seorang yang bodoh adalah jawabnya.

Berkata al-Hasan pula: Di antara tanda-tanda seorang Muslim yang sejati, ialah teguh agama, lemah-lembut kelakuan, penuh iman dan yakin, berilmu pengetahuan dan bertoleransi, pandai menjaga kepentingan dan berbelas kasihan, selalu memberi dengan hak, tidak boros meskipun kaya, murah hati meskipun miskin, berbuat baik walaupun berkuasa, menanggung jerih-perih bersama kawan-kawan, bersabar walaupun susah, tiada dikuasai oleh kemarahan, tiada selalu menurutkan perasaan, tiada dipengaruhi oleh syahwat dan nafsu, tiada dimalukan oleh kebatinan, tiada mementingkan keinginan, tiada terhad niat baik, sering menolong orang yang teraniaya, mengasihani orang yang lemah, tidak kikir dan tidak boros, tidak berbelanja berlebihan-lebihan dan tidak mengenggam tangan, bersedia mengamuni orang yang menganiayai, suka memaafkan oarng bodoh, biarlah dirinya berada di dalam kepayahan asalkan semua orang berada di dalam kesenangan.

Tingkatkan manusia ketika marah

Ketahuilah bahawasanya keganasan marah itu berpunca dari hati. Maknanya darah yang berada di dalam hati sedang menggelegak, lalu darah itu pun mengalir ke dalam urat-urat badan, dan terus memuncak tinggi ke anggota badan yang teratas sekali, sebagaimana api dan air memuncak tinggi ketika makanan mendidih di dalam periuk. Oleh kerana itu bila marah mula memuncak kelihatanlah darah manusia itu menyerap ke muka, sehingga wajah dan mata menjadi merah padam, dan kulit pula kerana kejernihannya, dapat menampakkan warna air yang di dalamnya.

Manusia dalam menghadapi keganasan marah terbahagi kepada tiga bahagian:

1. ketiadaan sifat marah

2. keterlampauan sifat marah

3. pertengahan antara marah dan tidak marah

Ketiadaan sifat marah

Orang yang tiada bersifat pemarah, ataupun yang lemah sifat kemarahannya itu tercela. Itulah orang yang dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu pada diri Allah s.w.t. telah mensifatkan para sahabat Nabi s.a.w. dengan terkadang-kadang bersifat keras dan berperasaan cemburu atas diri seperti firman Allah ta’ala:

“Mereka itu bersikap keras terhadap orang-orang kafir.”

Allah telah berfirman ke atas NabiNya s.a.w.:

“Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka.” (at-Tahrim:9)

Yang dikatakan bersikap keras dan tegas itu adalah bersumber dari adanya tanda-tanda kekuatan cemburu dalam diri, iaitu yang menyebabkan sifat marah.

Keterlampauan sifat marah

Yang dikatakan keterlampauan dalam marah itu, ialah bila sifat marah itu tidak dapat dikuasai lagi, sehingga ia terkeluar dari batas pertimbangan akal dan agama dan kepatuhannya. Orang yang bersikap seperti itu, tentulah tidak lagi mempunyai bashirah atau matahati yang dipandang dengannya, atau pemikiran untuk menimbang dengan akalnya dan ia tidak pilihan lagi, melainkan seperti seorang yang terpaksa saja.

Di antara tanda-tanda marah pada lahirnya ialah berubah warna kulit, menggeletar kaki tangan, kelakuan tidak menurut ketertiban dan ketentuan yang biasa, gerak-geri tidak menentu arah lagi, percakapan bercampur suara marah keluar dari rahangnya, mata merah padam, lubang hidung kembang kuncup, batang tubuh berupah rupa. Andaikata si pemarah ketika sedang marah dapat mengesan betapa buruk sifatnya pada masa itu, nescaya ia akan melenyapkan kemarahannya serta-merta, kerana sangat malu melihat keburukan sifatnya dan perubahan bentuk dan rupanya pada ketika itu. Ini hanya pada sifat lahiriahnya saja, dan sifat batinya tentulah lebih buruk lagi dari sifat lahirnya, kerana sifat lahir menunjukkan kepada sifat batin. Yang lazimnya bila rosak, rosak dululah sifat batin, lalu kerosakan itu berjangkit pada sifat lahir pula. Oleh itu dikatakan kerosakan pada lahir adalah pertanda adanya kerosakan pada batin. Bandingkanlah pohon dengan buahnya. Beginilah kesan-kesan atau tanda-tanda sifat terlampau marah itu pada tubuh badan.

Adapun kesan-kesan atau tanda-tanda kemarahan yang terdapat pada lidah, umpamanya kelancangan lidah ketika menyebutkan caci-maki, dan kata-kata yang terkeji dalam percakapan, yang apabila didengar oleh orang yang waras fikiran, nescaya ia akan merasa malu dan segan, dan kalau diceritakan semula kepada orang yang mengucapkannya setelah hilang marahnya, tentu sekali ia juga akan merasa malu dan menyesal atas kelakuannya itu. Sebab ketika ia marah tadi, percakapannya kelam-kabut dan tidak teratur, sehingga semua perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya itu tidak menerima pertimbangan akal fikiran yang waras dan wajar.

Tentang kesan-kesan marah dan alamat-alamatya pada anggota, ialah suka memukul, menyerang, menghancurkan harta benda, melukai bahkan membunuh sekalipun, jika berkuasa melakukan seperti itu. Malah ada kalanya ia sampai menganiaya diri sendiri, mengoyak-ngoyakkan pakaiannya, memukul-mukul dirinya, atau terkadang-kadang ia memukul-mukul tanah. Biasa juga orang yang berkelakuan begini diserang oleh perasaan tidak sedarkan diri, sehingga semua tindakanya itu seperti tidakan orang tak siuman atau hilang akal. Orang yang dalam keadaan begini, tidak mustahil akan merosakkan harta benda, menganiaya binatang, memecahkan pinggan-mangkuk, ataupun sampai memaki-maki binatang. Tidaklah hairan pula, jika binatang itu menendangnya, ia akan menendang balik binatang itu. Jelaslah ketika itu, ia akan bersikap seperti orang gila.

Adapun kesan-kesan dan tanda-tandanya pada hati pula, ialah lahirnya sifat-sifat dendam dan dengki, memendamkan niat jahat terhadap orang lain, suka bersifat dengan segala sifat-sifat yang dicela dan dikeji. Ia tidak senang apabila melihat orang bergembira. Ia tidak segan untuk membocorkan rahsia orang. Ia suka melanggar penghormatan orang dan mengejek-ejeknya. Pendek kata semua sifat-sifat yang buruk itu akan dilengkapinya di dalam dirinya.

Demikianlah hasil sifat marah yang berlebih-lebihan atau yang melampaui batas.

Manakala hasil sifat marah yang lemah, ialah ketiadaan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang menggangu kehormatan peribadi dan kehormatan isteri. Ia bersifat acuh tak acuh saja, ketika peribadinya dihinakankan oleh orang-orang yang rendah budinya. Ia merasakan dirinya terlalu kecil dan rendah untuk mempertahankan peribadinya dari kecaman orang lain. Ini juga termasuk sifat yang tercela, sebab ia menelurkan sikap tidak cemburu ke atas kehormatan diri dan keluarga, padahal melindunginya dari pencabulan adalah wajib.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesungguhnya Sa’ad orang yang cemburu, dan saya lebih cemburu dari Sa’ad, manakala Allah pula lebih cemburu dari saya.”

Sifat cemburu itu dijadikan semata-mata kerana memelihara keturunan. Andaikata manusia amat bersenang-senang dalam soal cemburu ini, nescaya keturunannya akan bercampur aduk dan tidak terpelihara. Sebab itu ada pepatah mengatakan: Setiap ummat yang menentukan sifat cemburu pada kaum lelakinya, nescaya terpeliharalah kaum wanitanya. Dari sebab lemahnya sifat marah, akan timbul pula sifat suka menganiaya diri, serta mendiamkan diri apabila menyaksikan berbagai-bagai kemungkaran yang dilakukan. Allah s.w.t. telah berfirman:

“Dan jangan kamu semua merasa belas kasihan terhadap kedua penzina itu dalam menjalankan agama (hukuman) Allah.”

Tegasnya, ketiadaan sifat marah dalam diri adalah tercela. Tetapi yang baiknya adalah sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintak agama. Adakalanya marah itu perlu dan adakala penyantun pula yang perlu, tetapi sebaik-baiknya mengendalikan kedua-dua sifat marah dan penyantun itu menurut batas pertengahan, kalau marah jangan berlebih-lebihan, dan kalau penyantun pun jangan sampai melampaui batas. Biarlah yang dilakukan itu pertengahan, seperti yang dianjurkan oleh Allah s.w.t. ke atas sekalian hamba-hambaNya; iaitu cara tengah yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam salah sebuah sabdanya:

“Sebaik-baik perkara ialah yang pertengahan.”

Melenyapkan marah dengan latihan diri

Ketahuilah selagi manusia tetap bersifat suka dan benci sesuatu, maka ia tidak terlepas dari sifat jengkel dan marah, sebab kedua-dua sifat itu menjadi sebahagian dari tabiat semula jadi manusia. Akan tetapi latihan diri itu perlu juga dijaga untuk menghapuskan keganasan marah itu; iaitu dengan jalan perjuangan dan memaksa diri dengan sifat penyantuan dan penanggungan seketika waktu, sehingga semua sifat-sifat itu menjadi kebiasaan dan kelakuan yang kekal dalam diri.

Dengan latihan-latihan di atas itu saja tidak boleh sama sekali menghapuskan kemarahan hati, kerana yang demikian itu memang tidak mungkin. Tetapi tujuannya ialah untuk memimpinnya ke batas yang dianjurkan oleh syara’ dan dipandang baik oleh akal fikiran. Caranya ialah dengan mematahkan gejolaknya dan melemahkannya, sehingga api kemarahan itu tidak menyala-nyala di dalam batinnya. Perbuatan itu diteruskan sehingga kesan-kesannya tiada lagi kelihatan di wajah.

Adakalanya kemarahan seseorang itu dapat dilenyapkan dengan mengalihkan pemikirannya kepada pentauhidan Zat Allah Ta’ala, ataupun mengingatkan dirinya bahawa Allah s.w.t. menginginkannya supaya ia tidak marah. Mungkin pengaruh cintanya kepada Allah Ta’ala itu dapat menolong memadamkan api kemarahannya, ataupun mengalihkan perhatian hati kepada perkara yang lebih penting daripada kemarahan itu. Ketika itu hatinya tidak ada tempat lagi untuk menyimpan marah, sebab ia telah dikuasi oleh urusan lain yang lebih penting. Apabila hati sedang sibuk dengan perkara-perkara yang penting, tentulah ia akan menyisihkan ke samping perkara-perkara yang kurang penting.

Sebab-sebab kemarahan

Anda telah mengetahui, bahawa ubat segala penyakit mestilah dengan memotong pangkalnya dan melenyapkan sebab-sebabbya. Dengan hal yang demikian, maka anda mestilah mengetahui sebab dan punca timbulnya kemarahan itu terlebih dulu. Sebab-sebab yang membangkitkan kemarahan itu, ialah meninggi diri, ujub dan bangga, senda gurau, omong kosong, mengejek-ejek, mencela, berbantah-bantah, berlawan-lawan, berkhianat, kemahuan yang tak terbatas pada mencari wang dan menuntut kedudukan; semua sifat-sifat ini merupakan perilaku-perilaku yang tercela di dalam syariat Islam. Seseorang itu tidak mungkin terlepas dari sifat marah, selagi semua sifat-sifat ini masih kekal di dalam dirinya. Maka sayugialah, ia bersungguh-sungguh untuk menghapuskan segala sifat-sifat ini dengan sifat-sifat lawannya.

Hendaklah menyirnakan sifat membesar diri dengan merendah diri, menyirnakan sifat ujub dan bangga diri dengan mengenal diri sendiri, menyimpan sifat memuji diri dengan mengingati diri bahawa ia adalah dari jenis makhluk yang sangat rendah, yang bersatu keturunan dengan bapa yang satu, iaitu Adam a.s. Seterusnya untuk menyirnakan sifat megah diri pula, ialah dengan mengerjakan seberapa banyak kebajikan dan kebaikan dan hendaklah ia menyakini bahawa sifat megah diri atau bangga diri itu, adalah termasuk sifat-sifat yang amat tercela.

Adalah sifat senda gurauan itu, dapat disirnakan dengan menyibukkan diri dengan urusan-urusan agama yang penting, sehingga mengambil masa yang lanjut dari umur, ataypun lebih dari itu. Sifat suka beromong kosong dapat disirnakan dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang berguna yang mendatangkan feadah, seperti mencari kelebihan-kelebihan hidup, mendidik diri dengan akhlak dan budi pekerti yang terpuji, dan menlengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan agama yang boleh menyampaikan kepada kebahagiaan akhirat.

Seterusnya untuk menyirnakan sifat mengejek-ejek itu, dengan mengekang diri dari berbuat sesuatu yang boleh menyakiti orang lain, dan memeliharanya dari apa saja yang boleh menyebabkan orang lain mengejek balik. Sifat suka mencela orang lain dapat disirnakan dengan sentiasa menahan diri dari segala kaata-kaata yang tidak senonoh, dan memeliharanya juga dari menjawab orang lain dengan kata-kata pedas.

Adapun sifat suka mementingkan diri sendiri, dapat disirnakan dengan banyak-banyak sabar ke atas kepahitan hidup, dan selalu bersyukur terhadap apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sekadar yang termampu, untuk menjaga kemulian diri dari suka meminta-minta dan mengangkatnya dari kehinaan keperluan yang tidak ada batasnya.

Setiap perilaku dari perilaku-perilaku ini, dan setiap sifat dari sifat-sifat ini, memerlukan pengikisan dan pengubatan melalui jalan latihan dan penanggungan terhadap semua percubaannya. Tujuan menjalankan latihan seumpama ini, ialah untuk mengetahui kebencanaan sifat-sifatnya, agar jiwa merasa tidak senang kepadanya, dan melarikan diri dari segala keburukan-keburukan sifat-sifat tersebut. Kemudian membiasakan diri bersifat dengan sifat-sifat lawannya setakat jangka masa yang panjang pula, sehingga dengan kebiasaan itu dapat diterapkan kepada jiwa sifat-sifat yanfg baru itu, manakala jiwa pun tidak merasa berat untuk menerimanya setelah sifat-sifat itu menjadi kebiasaannya.

Apabila sifat buruk dan tercela itu telah disirnakan dari jiwa dan dihapuskan sama sekali, maka ketika itu jiwa akan suci murni, bersih dari segala sifat-sifat keji, dan barulah ia akan terselamat dari angkara sifat marah yang mencetuskan segala sifat-sifat yang tak baik itu.

Sementara itu punca utama yang menimbulkan sifat marah pada golongan orang yang bodoh dan jahil itu, ialah anggapan mereka bahawa sifat marah itu adalah semacam keberanian, ketangkasan dan kemuliaan diri. Sebab itulah, maka jiwa orang-orang ini tertarik kepada sifat marah, dan menganggapnya suatu sifat yang baik, Anggapan ini adalah suatu kebodohan dan kejahilan dala diri, maka suatu penyakit dalam hati dan kurang pentimbangan dalam akal fikiran.

Untuk mengubati penyakit orang-orang bodoh ini, ialah dengan mendengarkan kepada mereka cerita-cerita para ahli penyantun dan pemaaf, dan menunjukkan kepada mereka bagaimana orang-orang itu memilih cara menahan diri dari marah. Cara beginilah yang merupakan sebaik-baik cara, sebab telah dipraktikkan oleh para Nabi dan para ulama yang terdahulu.

(sekadar mengopy dr 1 blog...muhasabah diri...)

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili