Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

29 May 2009

Hari yang kelam kabut...

check adik betoi2...barang yg nak bawa! bantal busuk pon diangkutnya jugak..
dah sampai tempat pendaftaran..baru nak isi borang keizinan ibubapa.rupernye...ayah dia sain je...
Bukit ayak ni..memang cantik..kalau mai perlis kena mai sni..


Aduhai anak... anak...bikin kepala ku pusing je!! baru selesai settle hal si abg , adik lak.Adik taklah buat hal tapi buat aku kalut sekalutnye!! (dahlah mak depa jenis kalut punye org..he..he..)

Setiap hari aku susun jadual keje kat umh.so, apa2 kena plan betoi2..menyapu,membasuh,memasak n menjht.Tapi kalau urgent sgt2...menjahit,menjahit,menjahit dan memasak.yang lain2...kemudian2...hu..hu..terpaksa.. pasal bersangkut ngan orang.Lebih2 lgi sekrg musim kenduri.

Hari ni hari jumaat, sekolah hbs pukul 12.oo tghari.Adik mengadu nak demam,tak larat nak kayuh basikal.Jadi terpaksalah pergi hantar...kira ok la..bukan selalu kan?
Tiap2 hari pak mertua makan kat umah setelah pemergian mak mertua..tp hari jumaat dia tak mau.pasai dok hambat masa nak ke masjid.Kalau dia tak ada masak cincai2 je.hari ni masak cencaru sumbat cabai dan daging masak asam.masuk dapor pukul 11.00.sempatlah kan sejam..tumis daging biar skejap..bg empok.smbil2 tu dok depan mc jahit..sedar2 dah berbau dah!! Ya allah...hangit...adusss...
tumis ..buat lain.celah2 tu org mai ambk baju tempahan...yang adik lak; " mak...mai ambk adik...Adik blk kol 11 pg!"
Nasib sekolah ngan umah tak jauh.Perkecik api..pergi ambik adik.

Sampai kat sekolah; "mak ...adik kena p kem!"
Hish..yang cikgu lak 1 hal...bagitaulah awai2...senang kita nak prepare.
Kita keje dok hambat masa je...letih sungguh!
adik tolong kemaskan barang2 yang nak dibawa..aku hnya menyebut barang2 penting je..
standby ubat takot demam.

Jarak ke Bukit air..tempat kem tu taklah jauh.Naik motor je..malas nak pulas stereng kete.Lepas tu nak kena pergi kangar cari barang menjahit.Dah sampai sekerat jalan, adik lupa lak surat keizinan ibubapa.patah balik lagi.sepanjang jalan juga dok berleter kat adik...yang betoi dia pon tak salah...semua menjadi kelam kabut....dan cuti sekolah pon bermula...

26 May 2009

Senamrobik




Seminggu ni badan memang tak seronok...angin,kembong,lesu,tak dak mood....apa keje buat dalam keterpaksaan...selama ni memang dok pergi senamrobik.bila pergi..je..badan rsa bertenaga,seronok n mood pon elok.Yang tak syok psai tak dak tarikan langsung.Tak menarik!!
Tempatnye sempit..org ramai.lepas tu nak depa tangan dok risau kena orang.Dewan pulak sebelah ngan perkuburan.Bukan takut..tapi tiap kali depa buka muzik rsa macam orang dlm kubur tu maki kita pulak.Hish..tak boleh jadi ni....so,berhenti tak pergi dah.

Bila dapat tahu ada 1 tempat ni...tapi jauh skit dari umah.memang best giller.gerakan senamrobik dia memang power.Seharian berada kat umah..ni lah peluang mencari sesuatu kepuasan untuk diri sendiri..bukan nak pergi buat benda tak baik kan? untuk kesihatan..
Orang selalu kata; buat apa senamrobik...badan dah elok!!.depa silap ...senaman bukan semata2 untuk menguruskan badan.Kalau ikut memanglah tak payah..lebih2 bila berjalan ngan orang sebelah yang berbadan bosar...lagila kita ni orang nampak kecik comel.he..he..

Hari ni kali ke 3 pergi...tiap2 hari isnin,selasa n khamis.Dari pukul 6 ptg sampai 7 ptg.
Pergerakan semua ada...merangkak,terlentang,meniarap...huh...memang menitik2 peluh!puas rasanye... lepas ni bolehlah pkai balik blouse n jeans yg tak muat tu...he..he..

Ini info yang aku dapat tentang senaman ni...

Jantung Cergas - Jantung Sihat

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.

  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.

  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).

  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.

  • Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.

  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

Bagaimana Hendak Bersenam

  1. Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
  2. Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
  3. Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
  4. Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
  5. Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  6. Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
  7. Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
  8. Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.

Jenis-jenis Senaman

  1. Senamrobik

  • Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung.

  • Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan.

  • Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.

2. Kalestenik

  • Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot.

  • Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik.

  • Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi.

Senaman janganlah disalah tafsirkan sebagai sukan untuk pertandingan. Oleh itu, ianya hendaklan dilakukan mengikut keupayaan seseorang individu supaya ianya menjadi cergas. Dan, pilihlah jenis senaman yang dapat memberi keseronokan pada anda dan boleh dijadikan sebagai sebahagian dari kehidupan seharian anda.

Patuhilah Syarat-syarat Bersenam

  • Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.

  • Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.

  • Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.

  • Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.

  • Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.




24 May 2009

Selagi ada kesempatan....

Diantara gerai2 yang menjadi serbuan pengunjung.
Macam2 bentuk brooch...
Hah..yang ni ...memang murah!


Alhamdulillah...akhirnya petang ahad baru lega sakit kepala.walau masih terasa ada sikit2 lagi.Hari sabtu kira nak lena..berdenyut2..tak selesa dan huh..baru sedikit di uji.Ya..Allah..baru tahu nikmatnya diberi kesihatan yang baik!!
Semua keje terbengkalai...sehari la..juga tak sentuh baju tempahan orang.Di usia2 begini hanya dok fikir darah tinggi atau migrain...yang lain2...janganlah...lagi..
Terima kasih juga untuk kawan2 yang sudi menghulur simpati.Seronoknye..rasa disayangi!

Hari ni abang cuti.dia cuti 2 minggu sekali.Qualiti masa ketika dia cuti haruslah diambilkan?
ajak p pasar borong...borong lauk untuk seminggu atau lebih.tengah2 tu pekena dia gak! hu.. hu..hu..Kalau isteri tak pekena suami. siapa lgi kan?takkan suruh pompuan lain pekena lak??
Untuk isteri2; ingat ye...duit isteri duit isteri! duit suami duit isteri! ha..ha..baru aman dunia.

Petang abang ajak anak lelaki je..p ronda Pdg Besar..mulanya tak mau pergi pasal nak mula habiskan jahitan yang menimbun ni..bila fikir2 ...ish tak boleh jadi.dah tiap2 hari mengadap dan merempit mc jahit ni.sesekali bagi dia rest.kita pon nak rest minda,fizikal n mata..
Biarlah perhabis sikit..kata je dok perlis tapi masuk tahun 2009 ni belum gi pijak kaki ke sana.
Bolehlah berjamu mata tgk barang2...silap2 wat muka seposen kat abang.dapat gak sehelai blause.

Harus diingatkan jika pergi ke Pdg Besar ,jangan pergi time cuti sekolah atau cuti umum.
penjual ni punyalah demand.Huh..orang tempatanlah teruk.Orang Kl atau orang luar , bukan nak menawar beli barang...main pilih2 yang berkenan...terus bayar! yang kita ni menawar depa buat tak heran je...berlagak! kita pun jual mahal.last sekali balik tangan kosong....he..he..

22 May 2009

majlis akad nikah...



Jemputan untuk ke majlis akad nikah seorang adik merangkap kawan pada 22 mei 2009...sebenarnya ku pandang sepi.Kenal dia ni lebih kurang 6..7 bln je.tapi rapat mcm belangkas.Sebenarnya majlis orang ramai ni aku taklah berminat sgt dari dlu ,kini dan selalunya dok mengelak je.Kecualilah keluarga terdekat dan dah tak boleh elak!

Pertama kali jmpa dia ni... memang rsa seronok sembang dan ada keserasian.seorang yang taklah pendiam sgt.tapi suka tersenyum dan kepala lebih kurang gila2 jugak macam aku.he..he..
Setiap hari jumpa. pasai dok tlg menjht baju2 tempahan dia.Rasa tak lengkap kalau tak bersembang dengan dia sehari...

Bila kenal,berkawan, sama2 tlg dalam kesusahan...akan menerbitkan perasaan sayang pada seseorang.tak kira pompuan atau lelaki,adik atau kakak..perasaan melindungi, ingin menjadi kawan yang terbaik.waktu2 susah mau pun senang...suka mau pun duka.Apa yang menjadi kesayangan,kebencian dia!! waima apa pun...

Pagi tadi dia siap hantaq msj.mcm tau2 je aku tak mau p!!
"jgn lupa kak lepas asar,kat msjd Alwi.lps 2 p rembat mkn lak kt umh!"
Hu..hu..sah tak boleh mengelak ni..Kecian la kan..
"ok2..sure! stdby wei...nk kena korban ni!"
Saja..selalu dok kacau dia...Sesekali p masjid dan dengar nasihat dari tok imam akan memperbarui tekad dan azam untuk memperbaiki alam rumah tangga!

Selamat memasuki alam rumahtangga untuk adik widad bt abdul halim n pasangan.semoga berbahagia hendaknya hingga ke penghujung usia.
Dan sempatla pulak menghadiri kenduri pada 6 jun ni....

8.30 malam 22 mei 2009.

14 May 2009

Pengertian 'Berkat'....


Bismillah....Entah mengapa beberapa hari ni..perkataan berkat ni bermain-main dalam benakku.kita selalu dengar perkataan berkat.Faham...tapi kadang2 tak berapa faham dan rasa.Kenapa ye?..Berkat bermakna...“Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan...”.
Selalu kita kaitkan berkat ni dengan pekerjaan seharian atau punca pendapatan!
Orang jahil ugama akan fikir; kerja halal tidak mencuri, merompak dah dikira halal!
Kerja halal hendaklah disertai ibadat..

Kalau ditilik kepada kehidupan seharian , bagaimana kita dapat melihat bahawa Allah telah mengurniakan keberkatan kepada kehidupan kita? Adakah yang dikurniakan kepada kita oleh Allah itu kebaikannya bertambah, Kebaikannya berpanjangan dan berterusan?

Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.

Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasti tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t.

Dengan sebab itu maksud keberkatan yang sebenar ialah bertambah kebaikannya dan ketaatannya kepada Allah s.w.t.



Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Kasih Mu Sayang Mu Redha Mu
Segalanya, Untuk Kami

Pada Mu Allah….

(lirik sebuah nasyid)

10 May 2009

Kalau....

kalau pergi penang..fenomena begini biasa...tapi sje..bgi depa yg nak menjamu mata.Untuk ibu2 buyung...ya ampun!! ajak cik abg p cari..

aduhai...lauk nasi kandaq...terliuqnye...rasa mcm nk p lagila...
3 beranak ni...punye lah pulun dok pilih buah! singgah di rope walk @ lorong kulit...
Si abg memang cerewet pilih baju ! naik pening dok ikut dia...ayah dia jd QC ! okey, bleh la tu...
Barang2 lama di rope walk....menjamu mata je...sonok tgk benda2 lama ni...


Hah...xsah kalu x p pdg kota lama...mkn pasembor!




Kalau...perjalanan yang jauh mau pun dekat jika tanpa ada sengketa dan masam muka...akan terasa seronok, gembira dan bahagia...puas hati biar berhabis pun!!
Hari Ibu?...selamat hari ibu untuk kawan2,adik2 atau sesiapa yang bergelar ibu.tak semestinya hari itu diraikan.cuma sekadar ucapan pun dah memadai dari orang sebelah dan anak2 kan?
serasa dihargai,disayangi dan diperlukan.

Beberapa hari lalu...tiba2 je gatai mulut..."abang, jom p penang mkn nasi kandaq!"
"ok...blh!" Aduhai...itulah suamiku.Seandainya dia ada modal.Kedekut tak ada dalam kamus dia.macamna la agaknya bentuk pengorbanan yang lebih untuk aku membalas kecintaan dia.Ya..Allah...KAU panjangkanlah usia perkahwinan ini, berkatilah rumahtangga kami,sinarkanlah cahaya kebahagiaan dalam hati2 kami!! amin....

Dan kebetulan pulak 10 mei hari Ibu kan? anggap aje hubby meraikan hari ibu untuk aku.he..he..Sambil jln2 kat KOMTAR jumpa 1 kasut NYC...Hee..tgk harga rm 59.90.rasa sayang nk guna duit sndiri." Abng, kita share sorng setgh ek...berkenan ni!"
"ok.."......Aduss......mcm 2 la...syg isteri kan?
sesekali time dia ada duit skit ni lah...nak 'mengenen' dia.hu..hu..sssayyannggg abang...

01 May 2009

Harum manis... oohh...harum manis...

Ladang Harumanis,Bukit Bintang,Sg.Batu Pahat,Perlis. Hanya boleh melawat.Di luar pagar ni ada deretan penjual...
Semua pokok harumanis dibalut.Penjagaan dia rumit.selalu pokok dia xtahan lama.reput dahan..
Yang ni mempelam sala.Selalu orang makan muda.Buat rojak ,mencecah dan kerabu.Tapi kalau betul2 jaga.. peram dan balut.Isinya juga manis dan lemak! sala ni dah jadi nombor 2 la...
Hah...ni dia! raja buah di Perlis.Durian dah tak laku dah!! yang ni sekilo rm 13. Kena ingat, buah ni sekilo hanya 2 biji je...Ada gred lain rm 10 dan rm8.tapi tak tengokla mcmna rupanya gred ujung2 ni!!



Mempelam harum manis....Sebut mempelam ni..teringat Perlis! Sebut Perlis ..teringat harum manis!!...Tidak ada di tanam di tempat lain! melainkan hanya di Perlis satu-satunya negeri yang menanam pokok ini.Kesesuaian tanah dan iklim hanya ada di Perlis.
Kalau ada pun mungkin tak semacam dan sepopular di Perlis.Oleh kerana itu...harum manis ini ibarat emas!!..Permintaan banyak..buahnye sedikit!! Aduhai...malang sungguh!!

Takut nanti fenomena ini semacam di Terengganu.Ikan-ikan yang besar...yang mempunyai pasaran tinggi di hantar ke luar dari negeri Terengganu.Yang biasa...tambam,tongkol/aya,kembong,curut/sardin,bawal pun jarang2...yang besar-besar jarang nampak.Kesannye ramai yang tak boleh makan ikan besar.Tak lalu!!
malunye...orang terengganu tak kenai ikan dan makan ikan jenahak,tenggiri dan bla...bla...!!

Ramai orang kampung dan di sekitar perlis merungut;hari bertemu pelangan..siap perasmian oleh MB.tapi bila pergi di ladang, disuruh beli di luar pagar!!
Dijual gred A ...rm13 se kg, dan ada juga rm 10 dan rm 8!!
Selalunya pelangan akan lebih puas jika dapat membeli buah yang sama yang dok didepan mata!..Apa guna pergi di tempat penanaman tapi disuruh beli di luar pagar .Lebih2 lagi dok dengar buah yang kat luar tu bukan dari situ.Haru..haru...

Harap-harap akan adalah perubahan dari segi penghantaran ke luar harum manis ni..Berikan lambakkan untuk penduduk sekitar/negeri..dapat buah dari gred c pun tak apa! gred A di ekspot .Semua orang mahukan keuntungan...tapi biarlah sama-sama dapat merasai ke untungannya kan??

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili