Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

14 May 2009

Pengertian 'Berkat'....


Bismillah....Entah mengapa beberapa hari ni..perkataan berkat ni bermain-main dalam benakku.kita selalu dengar perkataan berkat.Faham...tapi kadang2 tak berapa faham dan rasa.Kenapa ye?..Berkat bermakna...“Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan...”.
Selalu kita kaitkan berkat ni dengan pekerjaan seharian atau punca pendapatan!
Orang jahil ugama akan fikir; kerja halal tidak mencuri, merompak dah dikira halal!
Kerja halal hendaklah disertai ibadat..

Kalau ditilik kepada kehidupan seharian , bagaimana kita dapat melihat bahawa Allah telah mengurniakan keberkatan kepada kehidupan kita? Adakah yang dikurniakan kepada kita oleh Allah itu kebaikannya bertambah, Kebaikannya berpanjangan dan berterusan?

Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.

Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasti tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t.

Dengan sebab itu maksud keberkatan yang sebenar ialah bertambah kebaikannya dan ketaatannya kepada Allah s.w.t.



Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Kasih Mu Sayang Mu Redha Mu
Segalanya, Untuk Kami

Pada Mu Allah….

(lirik sebuah nasyid)

No comments:

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili