Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

28 January 2009

CUTI OH CUTI....

pertama, lama dah teringin nak makan nasi kandar.Di tempat lain takkan sama rsanye...mesti di Penang juga!! Dari perlis bertolak pukul 7.15 pagi dan selamat sampai pukul 10.30 pagi.Destinasi di tuju jelutong.Tempat kenangan u!!...masa dok makan tu ,ambik kata sepakat nak ke Perak.Lake town Bukit Merah.

Fuyoo....orang ramainye!!.Musim cuti kan? tapi rasanye kalau ada anak yang kecik tentu lagi seronok...dah besar dan mai pun tidak berkonvoi.depa pun tidaklah berapa teruja.Selama sejam lebih je dok situ.Patah balik ke Jitra rumah adik....

Heee...terlupalah pula...rupanya ada kekawan kat KOL dok di taiping.He...he...sori sesangat marina.Kalau tidak pasti kita dah bersua.Nanti jika ada masa dan kesempatan k.ina contact awak ek....

24 January 2009

Di sekondeng dek sawa...



Tidak taulah dimana silapnye..tidak perasan pulak bila dia dok di situ...masuk mandi sebelum subuh dan next anak masuk pukul 6.30 pg.Lepas tu sibuk membasuh dan memasak.tempat dia dok tu betoi2 antara bilik air dan tempat mc basuh...dekat ngan kepala.Eeeeeeeee.....gelinya......mujurlah tidak nampak.kalau tak lari tak cukup tanah rasanya...he..he..

Hubby balik keje pukul 12.30 tghari.baru nampak dia tu...time tu aku dah dok di kedai,kangar.So, terpaksa panggil bomba.depa buat dan ambik ular tu.melawan gak la...hubby kata..
Mungkin sekarang musim panas dan dia mencari tempat2 yang sejuk.Beberapa hari ni dok fobia...masuk je bilik air , mata dok menerawang kat atas!!!
Pertama kalilah ular masuk dalam rumah ni.....Seriaunye.....

23 January 2009

My aniversery wedding....
















Hari ini tanggal 23 januari 2009..genap 16 tahun usia perkahwinan ku!! (23 jan.1993)...
Apa lagi yg ku harapkan?? selain berharap semoga hubungan ini berkekalan dan berpanjangan.Jangan nanti ada ranjau dan rintangan di pertengahan jalan.Biarlah maut sahaja yang jadi pemisahnya...
Tiada hadiah intan permata biarpun sekuntum mawar...kerana ditengah hangat percintaan pun sekuntum bunga tak pernah ku terima...he..he..dan dia bukanlah seorang yg romantik...pun biarlah...kerana memadai sebait ayat..."sayang...."
Ha..ha...ha...apa yg aku buat hari ni??
selepas hantar anak ke sekolah terus ke pasar borong.Stok ikan dlm peti ais sudah kehabisan!!..lepas siap membeli lauk...hah ini dia tempat merelaxkan hati dan minda....
tapi...kecian....makan sorng2...apa daya cik abg keje..la..
kalau mkn kt umah lagi tak lalu, mkn seorng jugak...
Nasi lemak ni memang sedap...bersebelahan dengan minimarket Hafifah ,jln ke Pasar borong kampung bakau.Sesiapa yg pernah mkn sini memang takkan lepas peluang untuk mengulanginya.

Makan tengahri hari ni?? Abg kata xyah masak!! alahai...lega sgt!! tiap2 hari dok masak smpai dah 'jem' dah otak.nak fikir apa menu.he..he..makan nasi bungkus.Nasi kuning dan ayam goreng berempah.yang pun memang sedap! tapi tak boleh makan selalu.berlemak....

Apa pun yang ku buat hari ni,biarlah tiada 'serupa' orng lain...aku bahagia dan seronok melalui rutin harian ini..Bukankah makna 'bahagia' itu terlalu berbeza dengan seseorang lain??Kita suka makan di kedai ini, tak bererti orang lain suka apa yang kita suka kan??

07 January 2009

CIRI-CIRI WANITA DIHORMATI



Di antara ciri-ciri wanita dihormati...jom mai kita tengok dan hayati.Adakah kita ini tergolong dalam golongan ini!!




Menutup Aurat _ pakailah apa saja yang disukai,asalkan ia memenuhi syariat tuntutan islam.Bagaimana pun tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan dan tidak terlalu mahal.Biarlah bersederhana.




Menjaga Akhlak_ akhlak yang disulami dengan ketakwaan terserlah dengan sifat-sifat terpuji.Anggaplah segala gerak geri kita diperhatikan.Berusahalah untuk selalu mengingati Allah kerana ia dapat mencegah kita daripada melakukan perkara yang dilarang.




Cara Bercakap_ sentiasa menjaga adab-adab sebagai wanita yang baik.Bercakap dengan tegas dan ringkas kepada lelaki yang bukan muhrim kerana tutur yang lemah lembut disertai dengan gerak badan boleh membangkitkan perasaan yang tidak sepatutnya kepada lelaki yang bukan muhrim.




Taat_ wanita solehah bukan sahaja taat kepada Allah tetapi juga suami(berkahwin) dan ibu bapa.Ketaatan adalah mahkota kepada orang islam dan dapat mendorong ke jalan yang diredhai.




Suka mendengar_ wanita diberi peranan untuk menghibur dan menenangkan hati suami.Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang.Gunakan diplomasi ketika menegur suami.




Jaga Pandangan Mata_ sentiasa menjaga pandangan mata terutama ketika berbicara dengan yang bukan muhrim.




Hadirkan Bau Yang Sedap Dan Wangi_ elakkan bau badan yang kurang menyenangkan dan jangan sampai menggunakan minyak wangi yang berlebihan.




Wanita Punya Hak_ wanita ada hak keatas dirinya,anak,keluarga,harta,pendidikan dan sebagainya.Lakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar batas-batas islam.




Berpegang Pada Al-quran Dan Sunnah_ sentiasa berpegang dengan dua perkara ini.Mereka yang sentiasa bersandarkan pada al-quran dan sunnah tidak akan sesat.








05 January 2009

....dan sekolah pun bermula.....

Kesibukan jika nak diukur....ya..Allah hanya DIA yang tau....agak2 kalau waktu itu 36 jam sehari tentu masih juga tidak mencukupi!!
Dari raya korban ..sibuk tempahan nak raya, lepas tu sibuk nak pakai kenduri ..next baju budak2 sekolah n cikgu2 pon sibuk nak wat baju baru untuk ke sekolah...
Pemergian anak lelaki ke asrama di hantar oleh ayahnya petang kelmarin..aku hanya menghantarnya di depan pintu...masih ada last minute seluar2 sekolah yang nak di potong!!
Mungkin kali ini hanya sebulan dua berada di sekolah lama....itu pun jika permohonan ke sekolah Teknik diterima.Tempat dia impikan untuk mendalami dunia IT.Biarlah..jika itu sudah minat dia kan??
Hari ini 5 januari sekolah bermula.Disebalik pemergian anak2 ke sekolah...rasanya mcm ketenangan yang dah dekat 2 bulan tidak dirasa.he..he...mana tak...mulut tak berhenti mengomel n meleter...untuk depa ni...berkelahi...merajuk...menempik...haru biru!!
dan selepas ini kesunyian n kesepian akan datang menjenguk....
Apa pun tiada ibu bapa yang tidak menyayangi anak2nya!!
Sebagai ibubapa kita mahu yang terbaik.Kita cuba melakukan yang terbaik n selebihnya berdoa kepada Allah.Hanya itu yang termampu...

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili