Kesibukan jika nak diukur....ya..Allah hanya DIA yang tau....agak2 kalau waktu itu 36 jam sehari tentu masih juga tidak mencukupi!!
Dari raya korban ..sibuk tempahan nak raya, lepas tu sibuk nak pakai kenduri ..next baju budak2 sekolah n cikgu2 pon sibuk nak wat baju baru untuk ke sekolah...
Pemergian anak lelaki ke asrama di hantar oleh ayahnya petang kelmarin..aku hanya menghantarnya di depan pintu...masih ada last minute seluar2 sekolah yang nak di potong!!
Mungkin kali ini hanya sebulan dua berada di sekolah lama....itu pun jika permohonan ke sekolah Teknik diterima.Tempat dia impikan untuk mendalami dunia IT.Biarlah..jika itu sudah minat dia kan??
Hari ini 5 januari sekolah bermula.Disebalik pemergian anak2 ke sekolah...rasanya mcm ketenangan yang dah dekat 2 bulan tidak dirasa.he..he...mana tak...mulut tak berhenti mengomel n meleter...untuk depa ni...berkelahi...merajuk...menempik...haru biru!!
dan selepas ini kesunyian n kesepian akan datang menjenguk....
Apa pun tiada ibu bapa yang tidak menyayangi anak2nya!!
Sebagai ibubapa kita mahu yang terbaik.Kita cuba melakukan yang terbaik n selebihnya berdoa kepada Allah.Hanya itu yang termampu...
-



No comments:
Post a Comment