Kebiasaannya orang perempuan lebih banyak bercakap daripada orang lelaki.Kita sering melihat ibu lebih banyak berleter dan memarahi anak-anak di rumah berbanding dengan ayah.
Kebanyakkan orang perempuan apabila bercakap dengan seseorang mereka lebih berasa puas apabila dapat melihat wajah dan mata orang tersebut.Orang lelaki sebaliknya.Mereka boleh sahaja tidak melihat orang tersebut tetapi cukup dengan menghalakan telinganya sahaja.Kalau mereka memandang pun bukan setakat mata orang tersebut tetapi keseluruhan tubuh orang tersebut.
Sering kita mendengar para isteri merungut-rungut perihal suami mereka tidak memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang di perkatakan.Ini disebabkan suami tidak memandang tepat ke arah muka isteri.Ada juga para isteri membuat andaian bahawa cara untuk menangkap suami berbohong ialah si suami enggan bertentang mata dengan isteri sewaktu bercakap.Apakah andaian ini betul?
Menurut kajian 80% wanita lebih pandai berkomunikasi daripada lelaki.Komunikasi tersebut bukan hanya dari segi percakapan tetapi dalam bentuk bahasa tubuh seperti tersenyum,marah,gembira,dan melahirkan perasaan.Paling ketara ialah bagaimana wanita dan lelaki menangani masalah.Wanita akan bercakap dan terus bercakap mengenai masalah tersebut sebagai cara meluahkan perasaan dan harapan masalah tersebut akan selesai.sikap tersebut ada baik dan buruknya.Bercerita dengan seseorang yang boleh dipercayai mungkin akan mengurangkan masalah dan jika dengan seseorang yang akan membawa mulut? akan memberi risiko cerita itu akan tersebar.Orang lelaki pula menangani masalah dengan berdiam diri dan cuba menyelesaikan dengan cara sendiri...atau menumpukan perhatian kepada kerja dan hobi.
Komunikasi bagi wanita amat penting untuk mengeratkan hubungan dengan suami atau orang yang dikasihi.Tanpa komunikasi hubungan akan hampar dan tidak seronok.dengan komunikasi akan lebih banyak kita faham tentang orang yang kita kasihi.Orang lelaki bercakap tujuannya untuk menyelesaikan masalah dan mereka fikir dulu sebelum bercakap.Selagi jawapan belum "confirm' di minda mereka selagi itu dia tidak akan bercakap.Manakala wanita bercakap tujuannya lebih kepada untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Mereka bercakap dahulu kemudian baru berfikir apa yang dia cakap.Selalunya kita dapati wanita seringkali menyesali apa yang telah mereka katakan sekiranya perkataan tersebut melukai hati dan perasaan orang yang disayangi.
APA YANG BOLEH DIKONGSI ;
Isteri boleh mengenal suami sehingga 85 %.
Suami hanya mengenal isterinya sebanyak 35%.
Orang perempuan mendengar menggunakan 3 deria iaitu telinga,mata dan mulut.
Lelaki mendengar menggunakan telinga kerana bagi mereka mata bukan deria
mendengar.
Orang lelaki tidak suka diajak berbincang dan bercakap semasa mereka sibuk.
Kuota bercakap wanita dalam sehari lalah antara 7000-9000 manakala lelaki antara
4000-6000
Orang perempuan sentiasa bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baru dan
memulakan kehidupan yang baru
Orang lelaki apabila sudah memasuki usia 50 an tidak bersedia untuk memulakan yang
baru kerana takut akan kegagalan.
Para isteri yang kehilangan suami mampu hidup seorang diri manakala kebanyakan suami yang kehilangan isteri tidak mampu berbuat demikian.
Dikatakan umur seorang lelaki akan panjang dan hidupnya lebih ceria serta
bersemangat sekiranya dia berkahwin lain setelah menduda.