Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

28 November 2008

MASAKAN PERTAMA...




Rutin harian sejak 3 minggu ni tidak berubah! walau cuti sekolah.Lagi bertambah adala...


Selepas solat subuh...mulalah msuk ofis...dapur! bereskan dulu apa yang wajib..


membasuh, lipat kain, menyapu,gosok baju...celah -celah tu dan lgi potong kain utk tempahan raya haji.Tidaklah banyak tapi kena hambat masa.Tak berapa hari lgi ni!!


Yang herannye semakin menghambat masa, rasa semakin tidak cukup masa!!


pukul lapan mesti mula memasak dan pukul 9..9.15 wajb kena selesai.


Hari ni masak ikan tongkol masak kicap.selalunya buat gulai macam mkn dengan nasi dagang.tapi hari ni tak sempat nak kukur kelapa.so, buat yang senang,cepat dan boleh di makan.he..he..bila di pandang je ikan masak kicap ni teringat masa umur 12 tahun ...time baru nak belajar masuk dapur..rasa sedap dan gembira sangat pasai berjaya buat macam tuk buat(tinggal dgn tuk setahun je!)..


Ditengah-tengah kekalutan dan menghambat masa...(tak lekang dok tgk jam kt tangan!)


sempat juga melayan kenangan ek??...anak-anak zaman sekarang boleh kah diharap untuk masuk dapur dalam lingkungan umur begitu?? huh..buat senarai apa yang nak kena buat sepeninggalan kita ke tmt keje pon susah nak buat...


Balik rumah bersepah lagi! tension!!.........sabarlah hati kuatlah imanku...pemergian ke kedai ni bukanlah hanya mengejar duit...hanya mencari pengalaman, keberanian dan sedikit ketabahan untuk menerima tempahan baju orang! itu je...lepas ni aku mula dari rumah...pengalaman tidak datang sendiri jika kita tidak mencarinya kan???

No comments:

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili