Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

29 March 2009

KENDURI TAHLIL 29 MAC

Menu: ayam masak berempah,gulai nangka,ikan goreng,sambal mempelam n udang,sambal belacan,ulam2 n tembilai.
Kenduri memang menyeronokkan...dapat berkumpul adik beradik,saudara mara dan jiran tetangga.Sepatutnya kenduri ini nak dibuat malam,tapi banyak pertembungan masa dan semua orang ada komitmen.Terpaksalah di adakan hari ahad.Masa bukanlah ukurannya kan??
Hah...ni dia pakar dalam merasa.Huh...kalau pasal merasa dan beri komen memang terror...





sama2 menolong..keje yang berat menjadi ringan dan yang penting cepat boleh makan nasi.kah..kah...kah..













My lover...hubby.

26 March 2009

ORANG BARU...

Inilah dia...Muhammad Luqman Mikail...
tak bukak2 matanya, time kita p tengok...tak larat gomol.dia tak celik2 gak..alahai....

Wa....wa...lamanye tak up date......bukan jemu bukan kekeringan idea n berita.Hakikatnya kenapalah waktu tidak pernah mencukupi??
Hanya Allah yang tahu.Waktu n masa meninggalkan kita n semakin kita menghambat....semakin itu kita tidak cukup masa.Selebihnya aku mungkin punya waktu 24 jam aje n mereka punya masa 28 ka 30 ka?? he...he....

Wokeh....cuti sekolah bermula 14hb....22hb mac.Sebenarnya tak ada plan.Dapat khabar adik ipar bersalin di Cheras.Hubby kata;pegi la....tapi kena pergi seorang.Anak bongsu ,acara dalam cuti sekolah penuh.persiapan utk UPSR.Yang sulong nak ikut,adik lak jealous.So, biar dua dua tak payah pergi.Puas hati kan?

Di Kuala Lumpur....selepas tengok si baby,merayaplah.Sogo n jalan T.AbdulRahman.apa lagi...kalau tak borong kain sutnya.Ha...ha...itulah orang perempuan.
Apa pun berjalan tanpa keluarga punya definisi yang berbeza.Dalam benak apa yang kita makan teringat kat anak.Kat ayahnya??...sikit2 je pasai bukan selalu dapat peluang terbang bebas ni!! hu...hu..hu...


Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili