Pukul 5.30 pagi Abang Zai(abang hubby) sampai dari KL.memanggil mak.tapi tidak ada respon! sebelum itu aku panggil masih lagi kedengaran suaranya.mengguman perlahan...ditepuk-tepuk pipi mak, juga masih tiada respon.misi datang ambik tekanan darah dan gula dalam darah.masih peringkat baik.Abang Zai dah mula berubah air muka..dan aku mula merasainya..misi kalut memanggil doktor.Selepas sorang sorang doktor datang.Yang aku dengar.."Ya Allah..awat misi x habaq hb dia rendah??" HB? yang faham darah dalam badan mak kurang sampai paras 4..rupanya petang sebelum itu sudah ada misi check.tapi x inform kat doktor.sepatutnya dari petang itu sudah di masukkan darah dalam tubuh mak!! itulah kuasa Allah.Gambar itu sudah membayangkan kekalutan misi dan doktor...Baru aku mula mendail nombor nombor telefon k.ngah,hubby,ayah dan dik nie(adik hubby)..suasana sudah berubah menjadi tegang.
Semua pakar dalam bidang masing-masing sudah mengerumuni katil mak..sampai ada 5..6..doktor..kekalutan tidak dapat digambarkan!! tangisan kesedihan menghiasi di wajah masing-masing....
mak hanya ada respon sedikit je..gerakkan tangannya. 2 pain darah dimasukkan ke badan mak.tapi masalah mencari urat untuk dicucuk juga satu hal..akhir sekali terpaksa di cucuk di paha mak.Itu pun jenuh mencari...kemuncaknya doktor panggil semua adik beradik untuk mencium mak dan memohon kemaafan dari mak.Jalan terakhir doktor akan memasukkan oksigen melalui mulut ke perut.Penyambung hayat.supaya mak tenang...itu langkah terakhir
dan itu juga yang terbaik untuk mak!
Aku tidak dapat bercakap banyak...yang terkeluar di mulutku.."mak..maafkanlah Ina.."
dan selebihnya..ina maafkan semua jika ada kesalahan antara kita!! hanya di lubuk hatiku..
aku tak dapat menahan sebak dan airmata...
Sanak saudara ,sahabat handai dan kakitangan hospital (k.ngah staf nurse)datang berkunjung
melihat kali terakhir.Selepas itu mak di tolak ke bangunan baru di sebuah bilik untuk memeriksaan terakhir.Setelah stabil mak di masukkan ke ICU..
Petang tadi sebelum balik aku masuk tengok mak...wayar berserabut di hujung kepalanya.muka dan tangan mak bengkak sikit..tangan mungkin gara-gara mencari urat untuk dicucuk!
Yang terkejut tengok kaki mak yang sebelum ini tidak berapa hitam ...menjadi sedikit kehitaman...mungkin dari penyakit kencing manis mak..
Hubby dan adik beradik lain masih berkampung di Hospital kangar....
6 november 9.30 malam...



3 comments:
alahai..pening..nk atur pict. ni..
yang dlu kena boh kemudian ka?
boleh sapa2 cite?
kak ina,pic yg kita boh dulu akan terletak kat bawah sekali...
ok..ok..k.ina bru fhm..trima kacih ek..mmmuuaahhh....
Post a Comment