Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

06 November 2008

Telah tersurat apa yang tersirat...

Malam ni giliran aku tunggu mak kat hospital.sudah nampak ketara perbezaan mak sebelum ini.Ayah keberatan nak balik,tapi aku dan k.ngah(kakak hubby) minta dia balik dan berehat.Kesian jugak dengan kudrat tuanya.sepanjang hari menemani mak tidak pernah erti jemu.Kalaulah hubby boleh mewarisi sifat2 kesetiaan dan kecintaan itu!!...Pukul 12 malam k.ngah pula menyusul balik! dan tinggal aku sorang di sebelah mak..Ini gambar aku ambik selepas pukul 3 pagi.Setelah meminta misi tukarkan pakaian dan cadar mak.Mak sudah tidak memberitahu bila dia nak membuang air kecik.Sedar sedar sudah lencun!! Dan aku mundar mandir tidak tahu nak buat apa-apa..nak contact adik beradik takut mak tidur keletihan pasal tidak makan seharian....


Pukul 5.30 pagi Abang Zai(abang hubby) sampai dari KL.memanggil mak.tapi tidak ada respon! sebelum itu aku panggil masih lagi kedengaran suaranya.mengguman perlahan...ditepuk-tepuk pipi mak, juga masih tiada respon.misi datang ambik tekanan darah dan gula dalam darah.masih peringkat baik.Abang Zai dah mula berubah air muka..dan aku mula merasainya..misi kalut memanggil doktor.Selepas sorang sorang doktor datang.Yang aku dengar.."Ya Allah..awat misi x habaq hb dia rendah??" HB? yang faham darah dalam badan mak kurang sampai paras 4..rupanya petang sebelum itu sudah ada misi check.tapi x inform kat doktor.sepatutnya dari petang itu sudah di masukkan darah dalam tubuh mak!! itulah kuasa Allah.Gambar itu sudah membayangkan kekalutan misi dan doktor...Baru aku mula mendail nombor nombor telefon k.ngah,hubby,ayah dan dik nie(adik hubby)..suasana sudah berubah menjadi tegang.



Semua pakar dalam bidang masing-masing sudah mengerumuni katil mak..sampai ada 5..6..doktor..kekalutan tidak dapat digambarkan!! tangisan kesedihan menghiasi di wajah masing-masing....
mak hanya ada respon sedikit je..gerakkan tangannya. 2 pain darah dimasukkan ke badan mak.tapi masalah mencari urat untuk dicucuk juga satu hal..akhir sekali terpaksa di cucuk di paha mak.Itu pun jenuh mencari...kemuncaknya doktor panggil semua adik beradik untuk mencium mak dan memohon kemaafan dari mak.Jalan terakhir doktor akan memasukkan oksigen melalui mulut ke perut.Penyambung hayat.supaya mak tenang...itu langkah terakhir
dan itu juga yang terbaik untuk mak!
Aku tidak dapat bercakap banyak...yang terkeluar di mulutku.."mak..maafkanlah Ina.."
dan selebihnya..ina maafkan semua jika ada kesalahan antara kita!! hanya di lubuk hatiku..
aku tak dapat menahan sebak dan airmata...


Sanak saudara ,sahabat handai dan kakitangan hospital (k.ngah staf nurse)datang berkunjung
melihat kali terakhir.Selepas itu mak di tolak ke bangunan baru di sebuah bilik untuk memeriksaan terakhir.Setelah stabil mak di masukkan ke ICU..
Petang tadi sebelum balik aku masuk tengok mak...wayar berserabut di hujung kepalanya.muka dan tangan mak bengkak sikit..tangan mungkin gara-gara mencari urat untuk dicucuk!
Yang terkejut tengok kaki mak yang sebelum ini tidak berapa hitam ...menjadi sedikit kehitaman...mungkin dari penyakit kencing manis mak..
Hubby dan adik beradik lain masih berkampung di Hospital kangar....

6 november 9.30 malam...

3 comments:

INNA AB said...

alahai..pening..nk atur pict. ni..
yang dlu kena boh kemudian ka?
boleh sapa2 cite?

Kamsiah yusoff said...

kak ina,pic yg kita boh dulu akan terletak kat bawah sekali...

INNA AB said...

ok..ok..k.ina bru fhm..trima kacih ek..mmmuuaahhh....

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili