Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

23 January 2009

My aniversery wedding....
















Hari ini tanggal 23 januari 2009..genap 16 tahun usia perkahwinan ku!! (23 jan.1993)...
Apa lagi yg ku harapkan?? selain berharap semoga hubungan ini berkekalan dan berpanjangan.Jangan nanti ada ranjau dan rintangan di pertengahan jalan.Biarlah maut sahaja yang jadi pemisahnya...
Tiada hadiah intan permata biarpun sekuntum mawar...kerana ditengah hangat percintaan pun sekuntum bunga tak pernah ku terima...he..he..dan dia bukanlah seorang yg romantik...pun biarlah...kerana memadai sebait ayat..."sayang...."
Ha..ha...ha...apa yg aku buat hari ni??
selepas hantar anak ke sekolah terus ke pasar borong.Stok ikan dlm peti ais sudah kehabisan!!..lepas siap membeli lauk...hah ini dia tempat merelaxkan hati dan minda....
tapi...kecian....makan sorng2...apa daya cik abg keje..la..
kalau mkn kt umah lagi tak lalu, mkn seorng jugak...
Nasi lemak ni memang sedap...bersebelahan dengan minimarket Hafifah ,jln ke Pasar borong kampung bakau.Sesiapa yg pernah mkn sini memang takkan lepas peluang untuk mengulanginya.

Makan tengahri hari ni?? Abg kata xyah masak!! alahai...lega sgt!! tiap2 hari dok masak smpai dah 'jem' dah otak.nak fikir apa menu.he..he..makan nasi bungkus.Nasi kuning dan ayam goreng berempah.yang pun memang sedap! tapi tak boleh makan selalu.berlemak....

Apa pun yang ku buat hari ni,biarlah tiada 'serupa' orng lain...aku bahagia dan seronok melalui rutin harian ini..Bukankah makna 'bahagia' itu terlalu berbeza dengan seseorang lain??Kita suka makan di kedai ini, tak bererti orang lain suka apa yang kita suka kan??

No comments:

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili