
Di antara ciri-ciri wanita dihormati...jom mai kita tengok dan hayati.Adakah kita ini tergolong dalam golongan ini!!
Menutup Aurat _ pakailah apa saja yang disukai,asalkan ia memenuhi syariat tuntutan islam.Bagaimana pun tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan dan tidak terlalu mahal.Biarlah bersederhana.
Menjaga Akhlak_ akhlak yang disulami dengan ketakwaan terserlah dengan sifat-sifat terpuji.Anggaplah segala gerak geri kita diperhatikan.Berusahalah untuk selalu mengingati Allah kerana ia dapat mencegah kita daripada melakukan perkara yang dilarang.
Cara Bercakap_ sentiasa menjaga adab-adab sebagai wanita yang baik.Bercakap dengan tegas dan ringkas kepada lelaki yang bukan muhrim kerana tutur yang lemah lembut disertai dengan gerak badan boleh membangkitkan perasaan yang tidak sepatutnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
Taat_ wanita solehah bukan sahaja taat kepada Allah tetapi juga suami(berkahwin) dan ibu bapa.Ketaatan adalah mahkota kepada orang islam dan dapat mendorong ke jalan yang diredhai.
Suka mendengar_ wanita diberi peranan untuk menghibur dan menenangkan hati suami.Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang.Gunakan diplomasi ketika menegur suami.
Jaga Pandangan Mata_ sentiasa menjaga pandangan mata terutama ketika berbicara dengan yang bukan muhrim.
Hadirkan Bau Yang Sedap Dan Wangi_ elakkan bau badan yang kurang menyenangkan dan jangan sampai menggunakan minyak wangi yang berlebihan.
Wanita Punya Hak_ wanita ada hak keatas dirinya,anak,keluarga,harta,pendidikan dan sebagainya.Lakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar batas-batas islam.
Berpegang Pada Al-quran Dan Sunnah_ sentiasa berpegang dengan dua perkara ini.Mereka yang sentiasa bersandarkan pada al-quran dan sunnah tidak akan sesat.



No comments:
Post a Comment