
Seminggu ni badan memang tak seronok...angin,kembong,lesu,tak dak mood....apa keje buat dalam keterpaksaan...selama ni memang dok pergi senamrobik.bila pergi..je..badan rsa bertenaga,seronok n mood pon elok.Yang tak syok psai tak dak tarikan langsung.Tak menarik!!
Tempatnye sempit..org ramai.lepas tu nak depa tangan dok risau kena orang.Dewan pulak sebelah ngan perkuburan.Bukan takut..tapi tiap kali depa buka muzik rsa macam orang dlm kubur tu maki kita pulak.Hish..tak boleh jadi ni....so,berhenti tak pergi dah.
Bila dapat tahu ada 1 tempat ni...tapi jauh skit dari umah.memang best giller.gerakan senamrobik dia memang power.Seharian berada kat umah..ni lah peluang mencari sesuatu kepuasan untuk diri sendiri..bukan nak pergi buat benda tak baik kan? untuk kesihatan..
Orang selalu kata; buat apa senamrobik...badan dah elok!!.depa silap ...senaman bukan semata2 untuk menguruskan badan.Kalau ikut memanglah tak payah..lebih2 bila berjalan ngan orang sebelah yang berbadan bosar...lagila kita ni orang nampak kecik comel.he..he..
Hari ni kali ke 3 pergi...tiap2 hari isnin,selasa n khamis.Dari pukul 6 ptg sampai 7 ptg.
Pergerakan semua ada...merangkak,terlentang,meniarap...huh...memang menitik2 peluh!puas rasanye... lepas ni bolehlah pkai balik blouse n jeans yg tak muat tu...he..he..
Ini info yang aku dapat tentang senaman ni...
Jantung Cergas - Jantung Sihat
Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
- Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.
- Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
- Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).
- Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.
- Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
- Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
- Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.
Bagaimana Hendak Bersenam
- Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
- Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
- Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
- Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
- Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
- Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
- Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
- Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.
Jenis-jenis Senaman
- Senamrobik
- Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung.
- Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan.
- Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.
2. Kalestenik
- Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot.
- Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik.
- Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi.
Senaman janganlah disalah tafsirkan sebagai sukan untuk pertandingan. Oleh itu, ianya hendaklan dilakukan mengikut keupayaan seseorang individu supaya ianya menjadi cergas. Dan, pilihlah jenis senaman yang dapat memberi keseronokan pada anda dan boleh dijadikan sebagai sebahagian dari kehidupan seharian anda.
Patuhilah Syarat-syarat Bersenam
- Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
- Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.
- Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.
- Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.
- Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.



2 comments:
senamrobik apa tu sampai terlentang tertiarap? hish!!!
tp, ok la tu... jgn senamrobik pun u dok kalut jugak na... blaus??? p tukaq saiz 44 -> 42? :)
ha..ha..ha..itu pasai kene wat dlm dewan...kalo x...ish2..xtaula...
jgn bimbang..memang dok pkai saiz 42..tp nk cuba pekecik jd 38!
Post a Comment