Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

03 November 2008

Mencari makna kebahagian...

     Semua orang mengimpikan kebahagiaan.namun apakah erti kebahagiaan kepada seorang wanita? sukar untuk menterjemahkan ..kerana lain orang lain definisinya.
   Ada orang merasa bahagia setelah kejayaan tercapai, ada pulak bahagia setelah menemui seseorang dalam hidupnya.Tidak kurang yang bahagia apabila dikelilingi harta kekayaan.Manakala ada yang sebaliknya..kaya dan sukses dalam hidup tetapi masih tidak merasa bahagia.kalau ada pun sekejap dan bertukar menjadi duka.Bahagia dan derita adalah dua perasaan yang berbeza. Namun kebahagiaan tidak ada kaitan dengan kemiskinan atau kekayaan.Bahagia ada di mana-mana...
       Bagaimana cara mencapai kebahagiaan dan macamna mengekalkan perasaan itu?? Tidak semua orang berjaya beroleh kebahagiaan kerana tidak semua orang tahu di mana sebenarnya letak kunci kebahagiaan.Kita kena berusaha ..usah mengharap bahagia datang mengolek!! Sebelum itu kita tanya diri kita; kenapa bahagia sukar dicapai? mengejar duniawi dan harta benda sehingga kita lupa tujuan kita dilahirkan.Sifat tidak bersyukur atas rahmat Allah dan apa yang diperolehi adalah asas kepada rasa tidak bahagia itu.Manusia tidak pernah merasa puas apa yang dia ada.Terlalu mengikut hati boleh membawa padah.Jika terlalu menurut nafsu pula boleh menyebabkan kita alpa dan lalai.Meletakkan harapan yang tinggi bila menyayangi seseorang atau inginkan sesuatu dan bila harapan dan keinginan itu tidak tercapai, mulalah merasa tidak gembira dengan apa yang berlaku.

BAGAIMANA MENCAPAI BAHAGIA;
1. kebahagiaan adalah kesederhaan
       Bersederhana dalam setiap keadaan adalah kunci kebahagiaan.memandangkan manusia kini
        semakin berebut-rebut mengejar wang dan mengabaikan sendiri rasa bahagia.

2. Bersyukur apa yang dimiliki
       Orang tak mampu berfikir bahawa kadang-kadang semakin kita kaya,semakin banyak                  masalah kita.Gelisah memikirkan perniagaan,hutang,rasa tidak selamat,rasa takut dan                   sebagainya.

3. Jangan irihati dengan kebahagiaan orang
       Kita merasa cemburu melihat orang bahagia.sikap ini menyebabkan rasa tak puashati                     terhadap apa yang dimiliki dan mula mempertikaikan hak orang tanpa pernah berpuashati 
        dengan apa yang kita miliki.

4. Tetapkan matlamat hidup
         menetapkan matlamat hidup dapat menguji jatuh bangun kehidupan.Menjadikan kita lebih            tabah bila jatuh dan lebih merasai bila berjaya.

5. Ekspresi diri
           Sering bertanya pada diri apa yang kita mahu dalam hidup.Sepanjang kehidupan pasti ada           saat yang pernah membahagiakan dan kenangilah saat bahagia itu lebih dari mengingati                 saat duka.

6. Tidur dengan tenang
            Sebelum masuk tidur muhasabah diri dahulu.Maafkan semua orang sebelum terlena dan                jika ini yang dilakukan perasaan kita akan jadi lebih tenang


7. Lupakan kisah duka
             Usah dibayangi duka yang berpanjangan dan jangan membandingkan nasib kita dengan                  nasib orang lain .kerana rezeki manusia adalah berbeza.

8. Azam baru
                Mulakan azam baru dan tidak semestinya pada tahun baru! Azam boleh terjadi bila-bila                 masa ,hari ini ,esok atau lusa.Bulatkan azam,tetapkan perancangan dalam                                         hidup.Mulakan perancangan untuk esok dan tetapkan azam jangka pendek dan                                 panjang.cuba capainya satu persatu.

9. Sentiasa bersedia
                  Bersedia dengan seribu kemungkinan yang bakal berlaku dan lekas bangkit.Dengan ini
                 minda akan lebih terbuka menerima segala kemungkinan dan tidak terkejut atau                            kecewa dengan musibah yang bakal terjadi.

10. Hidup berteman 
                  Hidup yang murung dan kurang pergaulan dengan teman -teman dan bersosial                                menyebabkan kehidupan sentiasa dirundung pilu.Setidak-tidaknya kehadiran teman                      menyuntik rasa gembira di dalam hidup kita.

11. Bangkit dengan ceria
                   Bangun pagi dengan penuh syukur dan gembira .Mood waktu pagi amat penting                               untuk menjalani kehidupan seharian dan hari seterusnya.Tetapkan dalam minda 
                    bahawa hari ini anda mahukan kehidupan yang gembira.
                    Sikap buruk dalam diri seperti iri hati,hasad dengki  akan mengundang perasaan
                   sengsara jauh lagi dari bahagia.Pepatah ada mengatakan; "Usaha memang tidak                               selalu mendatangkan kebahagiaan,tetapi tidak ada kebahagiaan tanpa ada usaha".
                    Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Jika konsep ini difahami lebih mudahlah                           untuk kita mengejar bahagia.......
 

       

1 comment:

INNA AB said...

aduss...msa taip n preview skit punya elok..bila post je..ayo..yo..
coba2 otter xleh...hu..hu..
"aku org tua baru belajaq..."

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili