Aku mencari...
yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.
yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.
aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.
Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?
2 comments:
salam kak..
mengucap panjang saya baca metro ahad pg tadi..apa jenis manusia pun saya tak tau...balas dendam pd lelaki?huhu saya tak fikir mcm tu...tp dah ketagih tahap melampau...
wa'alaikum salam...ha'ahlah..k.ina trkejut gak..ada gak manusia mcm 2 ek??
dendam yg merosakkan diri sndiri...
Post a Comment