Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

05 May 2010

Aku...hujan dan Hidup....

Di pertengahan perjalanan.....
telahan ...mengharap hujan tak akan melalui perjalanan aku, rupanya meleset...
Destinasi aku terhenti...termangu di tmt perteduhan ini...
merenung rintik-rintik hujan yang semakin lebat...angin yang smakin menggila..

Alam kanak2..tentu seronok sesekali bermain hujan..berselut dan bergelumang dalam petak-petak padi ni...
Lama ku hitung detik....bilalah nak reda sang hujan....
Berdetik dihati...agak2 hidupku sperti kemarau dan hujan juga mungkinnya...
Wahai hujan...turunlah selebat2nya...jika selepas ni ada mentari akan bersinar...
limpahkan air mu biar kering....jika selepas ni...airmata kesedihan ku tak akan tumpah lagi ..
alangkah baiknya jika begitu kan??
Biar ku kandas di sini semalaman....jika nanti tiada lagi halangan mendatang....

Dan sesungguhnya....
aku bukan seorang yang sabar.... termangu dan menunggu saja deru hujan berhenti..
hari semakin senja..aku perlu redah,harungi....biar basah lencun....biar mengigil kesejukkan...
aku pasarah.......

Ku kira hidup kita seperti rentetan ini juga...
kita berharap...tiada hujan di tengah hari...
tiada halangan di pertengahan perjalanan...
tiada duka di tengah hilai tawa...
tiada airmata di tengah kebahagiaan...
semua yang indah-indah nak kita rangkul dan miliki.....
siapalah kita????
melainkan....hadapi...telan biar pahit....berikhtiar..berdoa....dan pasrah.

2 comments:

Anonymous said...

hujan best tidoq....

INNA AB said...

ujan mlm memang best tido!!
kalau ujan nk senja tuhhhh???
huhuhu....tunggu mlm lh na??

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili