Perbincangan 2 hala...bersama org kg...oleh kerana majlis ini diadakan tergesa2..taklah berapa org yg hdir.Apa pun sedikit sbnyk menyunting semangat utk mngenali siapa junjungn nabi kita.
Menyedarkan kita.....siapa dia Nabi Muhammad S.A.W yg kita kasihi.
Tapi pada hakikatnya ..kenyataannya kita lebih mengenali org yg kita cintai dari mengenali siapa junjungan kita ini...Sesungguhnya Rasullullah lah yg akan memberi syafaat bila tiba di Pdg Mahsyar.
Marilah kita renungilah sejenak rentetan peristiwa yg kdgkala menjadi kita alpa...lupa dlm mengejar cinta dunia....
(Perbualan antara Rasulullah dan anakandanya..Siti Fatimah)
”Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fatimah; ”Tidak ayah.” ”Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta mera-maikan kubur.” Fatimah r.a. tidak dapat menahan air malanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: ”Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: ”Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: ”Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?” Maka berkata malaikat lzrail: ”Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w.: ”Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: ”Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.” Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: ”Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s.: ”Ya aku memang tahu.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: ”Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t.” Berkata Jibril a.s.: ”Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.” Berkala Rasulullah s.a.w.: ”Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril a.s.: ”Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud:”Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.” Berkata Rasulullah s.a.w.: ”Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: ”Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.” Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: ”Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: ”Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajah-ku?” Jibril a.s. berkata: ”Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?” Anas bin Malik r.a. berkata: ”Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.” Ali r.a. berkata: ”Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.” Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: ”Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.
Sebak dan luluhnya hati mendgr cerita tentang sayangnya
Rasulullah terhdp umatnya...
Tanya lah diri kita...SAYANGKAH kita kepada Rasulullah...
berapa kali kah sehari kita mnyebut namanya???
MasyaAllah....siapakah kita di hati kekasih Allah itu????
Jom kita muhasabah diri.....



1 comment:
salam
menghadiri majlis2 ilmu...terasa seronok,damai dan mengingsafkan...
Post a Comment