Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

05 March 2010

ADA MASA....

 


Ada masa...kita nak orang yang kita sayang tahu ...kesedihan...kegembiraaan...kemarahan...ketidak puasan..kebencian...dan berkongsi smua hal...(dgn suami...smua tiada batasan smpadan..)
Itulah kebahagiaan....bahagia?? sesuatu yang abstrak....bahagia kita tak semestinya sama dengan orang lain.

Kita harap dialah pendorong ,pembakar semangat...sumber inspirasi...sumber idola...
Kalau salah...tunjukkanlah jalan kebenarannya....
Ucapkanlah ayat ayat pelembut hati....meredakan amarah!!
Bukan sama-sama mndiamkan diri...melarikan diri....bawa haluan tersendiri..

 Kalau  benar...terimalah...walau sakit  umpama belati.
sama-sama memberi nasihat..
Bukan sebagai pemegang kuasa veto...smua kebenaran di pihak dia..
Buangkan ego yang bertapak di hati...
beralah tak bererti kalah...
menang tak bererti juara....

Ada masa...
kita nak dia ada setiap detik kesukaran kita...
berkongsi cerita...biar dari dunia berbeza..
rasanya meredakan gelodak di jiwa...
walau masalah tak dapat diselesaikan...

Itulah bersefahaman...keserasian....
Jika itulah hakikatnya....
aku nak hidup seribu tahun lagi...
waima esok adalah....hari terakhirku....

No comments:

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili