andainya aku bersalah
terkasar bahasa tersilap bicara.
Ampunkan
jika kata-katamu ku pandang sepi
sesekali tertinggi nada
tersilap andaian
lalu tercetus amarahmu.
Halalkan
andai ada sekelumit rasa
terghalit
teralpa
terciut
di sudut hati.
Redhalah
aku hanya insan biasa
tak lari dari kemelut jiwa
pimpinlah aku
bawalah aku bersamamu
menjadi bidadari
di Syurgamu.
22 januari...datang lagi menambahkan jumlah tahun ikatan janji kita...Bahagia, kadang berkelahi bermasam muka...berhari2 memendam ketidak puasan hati dan akhirnya jernih semula.Sudah menjadi rutin dan kebiasaaan dlm 17 tahun penkongsian ini!
Terima kasih...kerana sabar dalam menangani kerenah dan mood aku yg sering berubah2...mcm bom atom...
yang kadang meletup diluar jangkaan...
Alhamdulilah Ya Allah...Jika seandainya kuasa 'talaq' ditangan isteri....aku rasa bukan hanya sekali dua ku lafazkan.bahkan mungkin berpuluh2 kali...Perempuan...emosi terkadang melebihi fikiran.
Dan itu adalah anugerah Allah kepada para isteri2....
Kasih;
Walau kadang bicara tak se nada... rentak tak sehaluan,tapi kita saling lengkap melengkapi.
Keperhatinan,kasihsyang yg melimpah ruah,pengorbanan mu amat ku sanjungi.Takkan ada rsanya orng lain boleh menyayangiku sperti mana yang kau pamirkan selama ini..
Terima kasih...terima kasih dan terima kasih....ampunkan aku, halalkan aku dan redhakanlah apa yg aku buat secara sengaja mau pun di luar kesengajaaan aku....
Selamat ulang tahun perkahwinan kita ke 17....(22 januari 1993)
*bukan 23jan. terlupa coz x penah meraikan!!
Dulu....kini....dan biarlah selama2nye....aminnnnnnnnn.........




2 comments:
aminnn... semoga berbahagia selamanya
terima kasih....hrp2 biar panas smpai ke ptg....
Post a Comment