Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

14 January 2012

mencari wajah kesayangan....

  










ku jejak ku redah...
bayangan mu entah di mana...
kabur...suram dan kelam...
tiada jejak yang kau tinggalkan...
alangkah tersayat ...darah berjejeran....
tersendiri dan sepi...

mencari kelibat rindu yang tertinggal...
mngusung jiwa yang menangis...
memujuk hati yang pilu..
sendu dan resah...

mana dia selimut kasih yang kau janjikan..
mana dia bantal rindu yang kau katakan..
mana dia pelukan syahdu...dambaan ku...

wajah yang ku rindukan...
aku masih di sini...
begini dan akan terus setia.

14.jan.2012

3 comments:

unanjaga said...

salam rindu abg pada Ina

INNA AB said...

jumpa juga ye....hehehe....

unanjaga said...

cantik la blog yg syg wat ini..beajar ngan sapa Ina?

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili