Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

12 February 2010

Akujanji....

Pagi td di sekolah Teknik,kangar..tapi berkuatkuasa sepenuhnya
pertukaran nama Sekolah Menengah Vokasional tahun 2010...balik asal mcm dlu2...

Apapun bukan istemewanya sesebuah sekolah...bukan gurunya..atau bukan kecantikkan sekitarnya....tapi atas individu...usaha n kemahuan..

Dulu minda kita..berjaya seseorang kerana ke menara gadingnya...
jawatannya,kehidupan mewahnya...what ever bersangkutan kemewahan...septutnya kejayaan seseorang kerana kestabilan penghidupan..dunia n akhirat.Berjaya tak semestinya ke menara gading...tukang paip..tukang besi...waima petani..ramai yg sukses dalam kehidupan..alhamdulilah...
Ramai yang ke menara gading,berjaya dalam kehidupan...tapi punya sahsiah yang amat mengecewakan...biarlah seimbang!!

 Harapanku pada satu-satunya anak terunaku ni...
Semoga dia berjaya dalam hidup ..dalam bidang yg dia sukai..walau mugkin tak brjaya ke IPTA...Jangan tak berjaya sebagai seorang manusia yang baik sudahlah...biar punya sahsiah terpuji...baik akhlak..tak merempat.. tak menyusahkan masyarakat..tak buang ibubapa di tepi2 jalan....

Akujanji....target utk peperiksaannya nanti..
berbincang result exam dia yg lepas2...
(ni..time ..aku boh spatah dua dpn cikgu dia...hehehe)
Apa pun semua ibubapa harapkan yang terbaik kan??

3 comments:

Kamsiah yusoff said...

nak booking wat mennatu la kak heheh

INNA AB said...

hahaha...boleh..boleh..nanti ode borang na??
menantu online..@ menantu siber...
belasah je...
masin mulut kn?..

Kamsiah yusoff said...

kak...bkn senang la ni nak cari remaja yg pandai ngaji quran,berakhlak mulia...bangga mak ayah ada anak mcm Adri...

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili