Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

22 November 2009

Banjir dan taun di Terengganu


Kementerian Kesihatan Kenalpasti Punca Wabak Taun Di Terengganu
KUALA TERENGGANU: Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya penularan penyakit taun di Terengganu, antaranya penggunaan ikan yang dicemari kuman 'Vibrio Cholera' untuk membuat keropok.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan makmal mendapati sampel ikan yang diambil daripada dua kilang keropok di negeri itu didapati positif terhadap kuman Vibrio Cholera, kemungkinan berpunca daripada ikan yang dicemari kuman itu yang dibawa masuk dari Thailand.
"Ini mungkin berlaku melalui Kompleks Perikanan Chendering yang membekalkan ikan ke daerah Kuala Terengganu dan Marang.
"Selain itu, sampel ayam mentah yang diambil dari Pasar Borong Gong Pauh di Wakaf Mempelam, sampel swab di dua kilang ais di negeri itu juga didapati positif kuman berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, Sabtu.
Beliau berkata 20 premis juga telah diarahkan tutup membabitkan 11 kilang ais, dua kilang keropok dan selebihnya kedai-kedai makanan.
Beliau turut menyifatkan penyakit taun di negeri itu yang mula dikesan sejak dua minggu lalu, amat serius kerana setiap hari pihak hospital menerima pesakit baru, termasuk seramai 85 kes cirit birit (Acute Gastroenteritis - AGE) telah dimasukkan ke wad pada hari ini.
Katanya jumlah keseluruhan kes AGE yang dimasukkan ke wad setakat ini adalah sebanyak 621 kes, manakala jumlah pesakit yang telah dibenarkan keluar dari hospital adalah 161 iaitu 16 kes positif dan 145 kes negatif.
Beliau berkata sehingga pukul 7 pagi Jumaat, seramai 482 pesakit masih lagi dirawat di hospital, iaitu 322 orang pesakit disyaki mengalami AGE, 138 kes yang disahkan kolera dan 22 orang lagi adalah pembawa.
Sehingga hari ini juga, seramai 1,338 kontak telah diperiksa, termasuk 163 pengendali makanan di seluruh negeri.
Beliau menasihati orang ramai supaya jangan mengambil mudah penyakit itu kerana ia boleh membawa maut atau menyebabkan penyakit buah pinggang jika tidak dirawat segera.
"Penyakit taun menular melalui makanan atau air yang tercemar dengan kuman kolera... pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan bagi memastikan tiada penularan penyakit ini ke kawasan lain.
"Antaranya, pemeriksaan 49 premis di bawah Akta Makanan 1983, pengambilan sampel air dan sampel makanan serta menjalankan disinfeksi 161 tandas dan 109 tempat pembuangan sampah," katanya.
Hebahan awam mengenai langkah pencegahan juga dibuat dengan menggesa orang ramai yang mengalami simptom penyakit taun, iaitu cirit-birit dan muntah terutama selepas makan untuk mendapatkan rawatan segera, mengamalkan kebersihan diri, tidak makan di restoran atau gerai yang diragui tahap kebersihannya dan tidak minum air yang tidak dimasak.
"Risalah dan poster juga telah diedar kepada orang ramai, disamping memfokuskan khutbah solat Jumaat mengenai penyakit taun dan langkah pencegahan dan pengawalan diadakan di semua masjid di seluruh negeri," katanya. BERNAMA




Hari ni ahad 22 nov 2009 ...hanya 4 hari lg aku nk balik Besut, trgg!
Mcmna ni?? uwa...uwa...aku dh nangis dlm hati ni...perasaan dh bercampor baur...blh blk x ni??
My hubby pun dh peringat dh...."jgn dok confirm sgt kta blh blk..."
Korban dh book dh....ok yg 2 blh wkilkn kt mak..tlg bereskn..xpa...tp..hti dh fokus dh nk blk ni...
jiwa n raga dh dok sana ni....jasad je dok perlis....


Minta2 dlm msa beberapa hr ni...bnjir reda n taun ni x menular lg parah...

2 comments:

Kamsiah yusoff said...

ala..ciannya...boleh balik tp amik langkah berjaga2 la..jgn mkn minum kat luar...
saya ngan hubby jenis sempoi ja pasal raya
tak kisah raya kat mana pun...
anak2 suka kat rumah sendiri...

INNA AB said...

hai..kam...alahai...hubby n anak2?
memang depa ni x kisah..x blk lg depa suke...lg satu..xyah kluar duit bnyk2...huhuhu...tmt klahiran n seribu kenangan..pon blk sesekali je..tentulah kita aje yg teruja...

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili