Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

10 June 2009

jejak kasih...

rosmalini....cikgu rosnani setelah 25 th...


Meminati genre penulisan dan penulisnya...1985...memang hantu buku! tapi hantu pada cerpen,puisi dan novel...bkan pelajaran.Itu psai kandas...hu..hu..tp menyesal sampai ke hari ini...sepatutnya aku ulang skali lgi.pasti berjaya!!
tapi terpaksa ke penang...cari kerje untuk tlg ayah!! sekurang2nya bersebab.
Satu nama 'ROSMALINI'...memang selalu msk majalah.Dewan pelajar,dewan masyarakat dan beberapa majalah di ketika itu...

Selalu kat sekolah..aku akn menyusup keluar klas.bila time subjek yang tak minat...dan tempat lepak kt library sekolah la...
penah merayu kat cikgu library..nak minta pinjam majalah .Sebab kak rosmalini ni minta fotostart cerpen dia yg kluar kat majalah. yg ori punya hilang! nasib baik cikgu tu...sporting...

cuti hujung tahun ...1985... bersama seorang kawan kg, ke jelawat,bachok.mencari seorang 'ROSMALINI'...hanya berpandukan alamat...masa itu aku baru umo 17 th...
Kak rose umo 25 th..tak kahwin lagi.mengajar kat mna..lupa lak...
dia ni dua beradik je..kakaknye kak nah dok berniaga kat pasar jelawat.layanan famili dia mmang best...masih ingat ke hari ni...

so...balik kg ahad lalu 7hb jun...kebetulan ada knduri kakak jiran adk di jitra...di pauh lima, jelawat.ambil kesempatan ini menjejaki rumah yg penah aku kunjungi itu...
25 tahun sudah berlalu....rumah lama dia dah jadi banglo....
rupanya..rumah besar tu rumah kak nah yg menjual kuih kt pasar jelawat.tapi anak2 dia smua berjaya..yang sulung pensyarah di sarawak.pemisah jalan si sebelah..itulah rumah kak ros...cikgu rosnani...

Dia terkejut..aku lagila...aku xdpt bayangkan wajahnye...umonye dh 50th..
tapi tak membayangkan umo 50 th...masih muda...lebh kurang sebaya je ngan aku...he..he..
awet muda ni...anak perempuannya ada seorang dok menuntut di UITM,arau. semoga selepas ini hubungan ni terus berkekalan...
Sebenarnya...pengalaman ni ialah...kebaikan seseorang akan menjdi satu ingatan kekal dlm hati kita!
Hanya kadang masa yang menentukan untuk kita bertindak menghubungkannya semula...

Masih mengajar di sek.rendah.kebangsaan jelawat,bacok. Sudah bergelar hajjah dan sudah lama berhenti dari menulis.Apa pun ROSMALINI tetap hidup di hati ku...

No comments:

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili