Kata Pujangga

Rindu hadir selepas suka dan cinta.Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak akan cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata orang;
rindu itu ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata aku?
aku tidak minta rindu itu hadir dalam hati..

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA ..RINDU TAK SEMESTINYA KASIH ..CINTA SEPATUTNYA SAYANG,KASIH DAN RINDU...

01 November 2008

KESUNYIAN SEBELUM MASANYA....


♡CommentEstate.com | Friendster Comments

Watch Naruto-Chicken Recipes-Computer Geeks


Aduh... sunyi mencengkam rasa! siapa kata bila umur semakin lanjut, anak-anak dah besar dah berumah tangga.Dikala itu kita merasa kesunyian tanpa hiruk pikuk suara anak-anak.Inilah agaknya yang dirasa mak mak atau tuk tuk kita ek..Namun aku yang awal 40-an ni dah mula merasainya...mungkin pasal anak tidak ramai dan suri rumah pulak.Budak-budak sekarang banyak masa mereka di sekolah.Yang sulung ada lawatan asrama ke Pulau Langkawi.Sebelum itu memang tinggal di asrama dah!.Lepas ke Pulau Langkawi ke IKBN di Kedah.Yang perempuan ke Kem Unit Beruniform Sekolah selama 3 hari.Lepas itu lawatan ke Perak.
Kalau ada anak lain mugkin taklah terasa sesepi ini ek...
Bagaimana nak menghadapi perasaan ini? ke masjid? baca al-Quraan? sayangnya telah diberi cuti khas oleh Allah s.w.t.So..melayari intenet, membaca...tido..huh..huh..(yang ni paling best),shooping? memasak?..(dah orng xdak..masak pon segan)..dan syukur al hamdulilah..harap harap xlah sesunyi lgi pasal 3hb ni aku dah mula bekerja di kangaq..kerja xlah sehebat mna.tp boleh menghilangkan kesunyian dan dapatlah duit masuk skit ye..n .. sonok nak perhabis..he..he..
Okey..merapu kat sini pon satu hal yang menghilangkan stress gak.hu..hu..
apa pon buatlah.. asal hati senang n tak kacau orang ye..


31 October 2008

7 ALASAN UNTUK MEREALISASIKAN IMPIAN YANG TIDAK KESAMPAIAN


CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks


Bila berbicara tentang umur yang semakin meningkat,kita akan memikirkan kecerdasan dan fikiran yang semakin merosot.Usia 60 belum lagi tua,hanya yang membuatkan anda menjadi terlalu tua adalah melakukan sesuatu yang badan tidak izinkan!.Lain dari itu semua nya masih normal.Tujuh alasan untuk anda tunaikan impian yang tidak kesampaian...

1 Waktu yang terhad...Kebanyakan wanita menghabiskan usia remaja dengan mengejar
kesibukan dan pangkat.Sama ada cita-cita yang diteruskan atau tertangguh.
kebanyakan masa dan tenaga diluangkan dengan rakan-rakan,ibubapa dan rakan
sekerja.Apabila umur menjangkau 40-an kebanyakan mereka mula menyedari bahawa
mereka;

-takkan hidup lama,tidak mungkin kelihatan seperti berusia 20-an lagi.

Faktor ini membuat naluri mula bimbang tetapi pada masa yang sama akan
mendorong diri anda berusaha merealisasikan impian.selama ini anda telah
bekerja kuat untuk membahagiakan semua orang sehngga tidak punya masa untuk
memikirkan diri sendiri.Pernahkah anda berfikir bahawa mustahil anda dapat
membahagiakan semua orang di sekeliling anda? Jadi, kini tibalah waktu untuk
anda kembali menjadi diri anda yang sebenarnya.

2 Sumber berlebihan...Anda kini boleh dikatakan kehabisan sumber yang
membolehkan anda merealisasikan kehidupan yang anda impikan sebelum
ini.Fikirkan semula pencapaian yang anda perolehi.Mungkin anda pernah berkata,
"kalaulah aku tahu benda ini dulu".Jadi sekarang anda sudah tahu dan lebih
memahami diri anda berbanding dahulu.Ini bermakna kini anda sudah memiliki
pengalaman,kekuatan dan karektor yang hanya boleh dimiliki melalui peredaran
masa.Gunakan faktor itu sebaiknya.

3 Hidup pada masa sekarang... Sebaik menyedari waktu yang ada tinggal
sedikit,lebih baik anda fokus pasa masa sekarang.Sebelum ini anda terlalu
banyak memikirkan masa depan.Usia pertengahan menandakan bermulanya kesedaran
dan ketenangan hidup.Sebaik mengetahui setiap saat begitu bermakna ada baiknya
jangan merugikan diri kerana setiap waktu amat penting dalam kehidupan.Jadi
elok kiranya anda lebih mendekati Allah.Jangan malu menghadiri kelas
mengaji,rajin mendengar ceramah agama dan lain -lain aktiviti kerohanian.

4 Warisan...Apa yang ingin disempurnakan dalam hidup sebelum akhir hayat?
Apa yang membuat diri anda mahu diingati?Inilah masanya untuk anda menjadi diri
anda yang sebagaimana yang dikehendaki kerana tiada lagi kesempatan bagi anda
selepas itu.Bunyinya agak menakutkan tetapi lakukanlah sesuatu yang seharusnya
meriangkan dan mengembirakan hidup anda.Sekurang-kurangnya apa yang anda
lakukan sekarang akan menjadi warisaan kepada mereka yang bakal ditinggalkan.

5 Alih tumpuan...tumpukan masa sekarang.jangan fikirkan masa depan.Anda tidak
boleh melakukan dua kerja dalam satu masa.Setiap kali anda bimbang tentang
perkataan ' andainya esok..'fokuskan semula perhatian pada waktu
sekarang.Apakah anda mahu lakukan dengannya?

6 Dewasa kali ke dua...Tiada generasi yang punya banyak waktu untuk
merealisasikan impian mereka. "Mereka yang berumur 40-an dan 50-an jangan
memikirkan kecerdasan badan dan fikiran yang kian merosot..Hanya yang membuat
anda menjadi tua adalah melakukan sesuatu yang badan tidak izinkan.Lain
daripada itu semuanya masih normal". Anggaplah pertengahan usia adalah
permulaan menjadi dewasa kali ke dua.

28 October 2008

Sahsiah Minda


CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks

Heran ye...duit rm50 begitu besar nilainya bila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil nilainya bila dibawa ke pasaraya.

Heran ye...betapa lamanya satu jam berada di masjid tapi begitu cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang @ tv.

Heran ye...dengar iklan jualan murah dalam tv rasa tak sabar sabar nak pergi membelah belah tapi dengar laungan azan tak sabar sabar nak tukar channel lain.

Heran ye...pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.

Heran ye..susah sungguh merangkai kata untul dipanjatkan saat berdoa atau solat,tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan kawan.

heran ye...rasa susah sungguh untuk menghabiskan al Quraan walau satu halaman tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman habis dilahap.

Heran ye...susahnya orang mengajak meyebarkan dakwah tapi mudahnya menyertai dan menyebarkan gossip.

Heran ye...kita percaya pada email di internet tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al Quraan.

Heran ye...kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai tapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Heran tak kita?
tepuk dada...tanya iman dihati.

27 October 2008

Siti Hajar: Wanita yang sabar



Dalam bahang terik mentari, di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim a.s. terus menunggang unta bersama Siti Hajar. Walaupun perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu.Setelah lebih kurang 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Nabi Ibrahim memilih salah sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim a.s. turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikitpun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya tentang perintah Allah SWT itu. Sepanjang perjalanan tadi lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Setelah Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim a.s. bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu : "Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?" Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintainya, Nabi Ibrahim a.s. hanya mampu menganggukkan kepala. ""Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini." ""Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..." ""Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?" Hati Nabi Ibrahim a.s bagai disayat-sayat. Pilu dan pedih hatinya, hanya Allah SWT yang tahu. "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah SWT."

Bila disebut ia perintah Allah SWT, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah SWT, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Dia sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah SWT. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah SWT itu? Sewaktu gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah SWT, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelusuk dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah SWT.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan ALlah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan... Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya : "Jika benar ia adalah perintah Allah SWT, tinggalkanlah kami di sini. Aku redha ditinggalkan" suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya yang berlinangan. Ditabahkan hatinya dengan berkata : "Tentang keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah SWT. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta redha di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Cuma...," katanya lagi, "doakanlah agar datang pembelaan Allah SWT kepada kami." Nabi Ibrahim a.s sangat terharu dan bersyukur. Isterinya Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa :

"Ya Tuhan kami, aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka dari buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.”

Menitis airmatanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan yang padu pada janji Allah SWT, ditunaikan juga perintah Allah SWT walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar. Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim a.s terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah SWT.

Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah di dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku. Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim a.s, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga telah kering sama sekali. Anaknya Ismail a.s menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana. Namun SIti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Diapun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia telah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Walaupun tubuhnya telah keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang telah kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.

Tiba-tiba dengan rahmat Allah SWT, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail a.s. Waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."

Selepas peristiwa itu, kabilah-kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Mekah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah SWT. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Mekah menjadi tumpuan manusia untuk berdatangan.

Ya, Siti Hajar, seorang wanita solehah yang merupakan isteri Nabi yang paling dicintai ALlah SWT, adalah perintis kepada semua peristiwa itu, hingga Makkah sekarang menjadi tempat yang paling diberkati dan aman.

24 October 2008

                                                                                            

Selamat n akhirnya..berjaya.....

Asalamualaikum....rupanya taklah sesusah mna nak memulakan langkah pertama.
hanya perlukan kesabaran n kesabaran...n..aku mulakan langkah ini dengan kosong sekosongnya...
semoga ianya akan menjadi lebih baik n sempurna di tengah-tengah perjalanan....
      Terima kasih tak terhingga pada kamsiah...tq..kam...kaulah pembakar semangatku...he..he..!!
tapi taklah se indah n secantik langkaran di blogmu...
aku hanya memerlukan tempat untuk meluahkan rasa...kesedihan..kepahitan..kebahagian..n..kegembiraan....
        Salam seadanya untuk mereka mereka yang mengenali n memahami.....ssssyyyaaannnggg
semua...mmuuaahh.....

Aku mencari...

yang ku cari....
bukan kenalan....
kerana kenalan hanya dari kejauhan...
bersembang di kaki kaki lima
teman meneguk secawan kopi.

yang ku cari
bukan juga seorang kawan...
kerana kawan hanya di sisi...
tika senang dan bahagia...
teman bergelak bergurau senda.

aku mencari sahabat...
tempat ku humban resah nestapa..
yang sentiasa ada..
menemani mendengar menegur
suka duka bahagia derita..
menghulur tangan untuk ku paut
memberi salam bertanya khabar.

Kau kah sahabat?
atau hanya kawan di jalanan?

Followers

FaceBook

MyBlogLog

my famili